Thursday, December 30, 2010

SINGGAH DI PONTIAN

Cuti sekolah hujung tahun 2010 ini, kami sekeluarga tidak sempat untuk holiday bersama. Sebab utama ialah anak-anak yang sibuk dengan kuliah dan kerja masing. Bila anak2 dah besar bagini, rutin kehidupan banyak yang berubah..Susah sangat untuk berkumpul sama2.

Hari ini, seawal pagi  TT dan Kang ke JB untuk menghantar Affini  memulakan semester 5 di IPG TI. Sementelah ke JB, kami singgah bermalam di rumah Zila, anak saudara TT di Pontian Kecil. Sempat juga kami terlajak hingga ke Kukup. Pekan Kukup terletak di tepi laut dan lebih kurang 16 km dari Pontian Kecil. Tak ada apa yang menarik di pekan kecil yang jalannya berpenghujung di jeti. Siapa yang pernah ke Kukup, akan tahu keadaannya....hmmm.
Esok kami bercadang ke Tanjung Piai pula. Harap-harap dapatlah ke sana.

Comelnya Fina dan Umairah ni. 

Sunday, December 12, 2010

IPOH MALI.....

Kang tak sihat hari khamis dan jumaat lepas. Pening kepala katanya. Sebenarnya tinggal di Putrajaya ini  bukanlah sesuai sangat pada TT dan kang. Nak buat apa di rumah pun, semuanya terbatas sebab rumah kerajaan. So, pagi Jumaat lepas kami bertolak balik ke Ipoh.
Bila sampai rumah, lega sangat rasanya walaupun terpaksa membersihkan rumah terlebih dahulu....walaupun memang penat sangat. Dan bila  di Ipoh ni, macam2 kerja yang hendak dibuat. Yang utamanya, harus melawat ke tempat-tempat makan yang menjadi kesukaan. Hmmmmmm.....tak perlu ke dapur.

 
 Senyap2 dia dan abahnya ke kedai telefon....sukanya dia.
Ummi pun beli E5..lalala

Nokia C3 di kecil....pink.

Makan2 di kedai nasi Padang (Restoren Simpang Tiga), Psrn.Greentown.

Tuesday, December 7, 2010

MAAL HIJRAH 1432

Hari ini bermulanya 1 Muharam 1432 yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi (Selasa). Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Bagaimana pula dengan kita insan akhir zaman ini? Godaan, halangan dan rintangannya pasti banyak. Tetapi kenapakah kita melihat segalanya dari sudut negatif. Biar sedikit tapi harus dimulakan dan yang penting sekali kita harus mulakan dari diri kita sendiri seperti komen di fb Ustaz Mohd Zawawi Yusoh:

‎'‘KALAU SAMPAH SARAP DPAN MATA KAT RUMAH KITA PUN TAK DI BERSIH, LAGI PAYAHLAH NAK BERSIHKAN SAMPAH SARAP HATI DENGKI, RIYA SUMAH DI HATI NAK DI BERSIHKAN. SLAMAT BRHIJRAH"

Hari ini juga  kami sekeluarga sempat memenuhi undangan majlis kenduri kahwin anak staf pejabat Kang di SK Presint 16(2), Putrajaya. Majlis diadakan mulai jam 3.00 petang.


 
Affini yang setia temankan ummi dan abahnya.

Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

 Cepatnya masa berlalu dan hari ini tahun 2010 sudah hampir tiba dipenghujungnya. Kadang-kadang terfikir betapa kita telah mensia-siakan masa hingga kita rugi dan tidak menghargainya. Sekarang nih kena fikir untuk kumpulkan apakah azam yang perlu dibuat untuk tahun 2011. Kalau tak banyak, sikit pun jadi. Jangan sampai tak ada azam lansung macam komen Ally Iskandar bila Ahmad Fitri bertanyakan padanya mengenai pencapaian azam tahun 2010 dalam SPM pagi kelmarin. Hmmm...kenapalah Ally  jawab macam tu..

Hari ini kang bercuti rehat. Lansung kami ke MAHA 2010. Dari Presint 11 ke tapak expo tak jauh pun iaitu lebihkurang 11 km saja. Ingatkan hari kerja nih, orang tidaklah seramai hari-hari cuti tapi sangkaan kami meleset. Walau bagaimanpun, best juga jalan-jalan sebagitu.. Dari tempat letak kereta disediakan tren. Kalau nak jalan seluruh kawasan, memang ambil masa yang agak lama. Sempat juga TT dan kang membeli jajan. Sebenarnya kami tak pergi pun ke tempat jualan bunga.  Hmm...penat sangat.


Tren ini disediakan untuk membawa pengujung dari tempat letak kereta ke pintu utama MAHA.
Affini yang sempat berposing.