Wednesday, December 31, 2014

RUPANYA DAH SAMPAI HUJUNG TAHUN ATAU LEKANYA HIDUP INI

Malam dan siang terus berlalu dalam kehidulan yang pantas ini. Entri di blog pun tidak seberapa. Ibarat hidup segan mati tak mau. Siapa yang segan....siapa yang mati? Uishhh....kasar sangat bunyinya.

Hari ini 31 Disember. Khamis yang terang dan hari ini matahari sudi untuk menerangi siang di bumi bertuah ini. Disember tahun ini, cuaca sentiasa mendung....ada hujan...ada angin.....juga ada kilat sambar menyambar....guruh pula berdentum siang dan malam. Sana sini pula dilanda banjir. Ada banjir kecil dan ada juga banjir besar. Mood pun macam ikut hari juga.
 
Tengahari ni, sempat melihat berita mangsa banjir terutama di Kelantan. Ada rumah yang dibawa arus air. Makcik tu kata rumah dia bergerak dibawa arus banjir yang derah dan  terbalik terus. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan kehidupan mangsa banjir ini. Ya Allah, semoga mereka tabah ini tabah mehadapi dugaan ini dan dapat meneruskan kehidupan di masa hadapan.

Nampaknya tahun ini diakhiri dengan kesedihan dan kedukaan untuk ramai orang. Bersyukur pada diri sendiri kerana masih boleh golek-golek di rumah sendiri.