Monday, December 29, 2008

AWAL HIJRAH - TAHLIL

Hari ini bermulalah tahun baru Hijrah 1403H. Apa azam untuk tahun Hijrah ini....?
Yang pasti hari ini agak sibuk sebab ada majlis tahlil yang diadakan di rumah Kak Mun, Tanjung Tualang. 

Bangun awal pagi untuk sediakan beberapa juadah. Malam tadi masak agar-agar pandan dan sambal tumis. Pagi ini, sediakan goreng ikan masin, sambal kicap dan masak nasi buat persediaan kalau tak cukup. 

Menu untuk majlis tengahari ialah Ayam goreng rempah (sedap...), masak lemak nenas dengan udang hidup, ikan goreng bercili, jelatah, ulam kacang botol dan bubur jagung yang disediakan oleh Kak Edah.
Penatnye.........................

Saturday, December 27, 2008

Semalam ke Dataran Ipoh. Kang kata dah lama tak makan tauhu sup. Sedap jugak. Sementara itu, sempat juga menyinggah di gerai-gerai sekitar. Ramai juga pengunjung.
Hari ini memang dah rancang untuk melihat Program TV 9- SUA RASA di Dataran Ipoh. Pegi dengan Kang dan affini. Foto di bawah menceritakan suasananya.
Dapatlah bersua muka dengan Aziz Desa, Chef Ismail, Jaafar Onn dan beberapa artis yang baru nak cari nama.Okey lah.
Wak jauh dihadapan nun. Jinjing beg hitam. Hasil yang sempat di rembat dari gerai Power Root. Affini pula berpayung pink Power Root. Yang tengah tu..sape ye..... Tah sape le yang interprem...bukan tuan ampunya blog sebab dia sibuk snap gambar....hihi.

Selepas tu, kita orang jalan-jalan ke Ipoh Parade berhampiran. Berkenanlah pulak dengan dapur elektrik ni. Nak cubalah. Ok tak.????
Inilah dia dapur yang telah siap dipasang. Dah cuba masak air tadi... Siap buatkan teh untuk kang

Friday, December 26, 2008

PEREMPUAN....

Puteri kesayangan
*******************************************************
Perempuan....
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
Perempuan.........
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Perempuan....
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita
melalui keayuannya,keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Perempuan......
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
dan
andai engkau bergelar ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Thursday, December 25, 2008

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMATOleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.Apa yang akan dibincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.Mahfumnya::Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatka n oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.Mahfumnya:Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam "emailgroup" tersebut.Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada "emailgroup" tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke "emailgroup" . Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya. Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telahkena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya'Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkarayang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.Wallahhu'alam

Sunday, December 21, 2008

SANTAI DI RUMAH

Hari minggu ini tidak ke mana-mana. Tengaharinya ambil affini di Bus Station Medan Gopeng dan selebihnya duduk di rumah. Inilah sisa kueh raya yang masih di meja
Kang sibuk repair laptop.....ummi suke je...

Jarang sangat duduk kat sini. Panas selalu..... Dulu ada payung tapi dah rosak dimamah matahari dan hujan..

Saturday, December 20, 2008

BANJIR SEMALAM

Malam tadi seperti biasa kang pergi sembahyang Maghrib dan terus ke Isyak. Balik rumah lewat sikit sebab ada "mengaji". Hujan pula turun agak lebat sejak jam 7.30 malam dan berpanjangan hingga jam 9.00 malam.
Inilah foto yang dapat diambil malam tadi. Kang yang rindu sangat nak main banjir, suka sangat.

Saturday, December 13, 2008

BERHUJUNG MINGGU DI SEREMBAN

Awal pagi berkereta dengan Kang, angah dan affini ke Taman Guru, Senawang setelah singgah sebentar di U*M, Titiwangsa, KL. Esok akan menghadiri majlis pertunangan Nur Hazwani, anak saudara sebelah suami. Sementara itu, satu-satunya Putera bertolak balik ke U**MAP, Perlis.
Malam ni on-line dari Taman Seremban Jaya.

Friday, December 12, 2008

AIDILADHA 2008

8 Disember 2008 (Isnin)

Berkisah di Aidiladha tahun ini.
Bangun awal pagi untuk menyediakan juadah. Hari ini sekadar nasi himpit, sayur goreng, lontong dan rendang tok yang dibeli dari Pasar Tani pagi ahadnya.

Pagi ini bersembahyang raya bersama suami, iki dan affini. Angah pula kurang sihat.
Tak ramai pulak jemaah wanita hari ni dan ada pula yang datang lewat. Jemaah lain dah habis solat, baru nak datang....hu...hu...

Petangnya pula, sekeluarga menziarahi pusara arwah bonda di Tanjung Tualang dan pusara arwah bapa mertua dan ibu mertua di Teluk Intan. Singgah sekejap di rumah Kak Mun.
Sampai rumah dah malam..........

Thursday, December 4, 2008

CERITA MENGHADIRI KURSUS PTK 4 SEBULAN YANG LEPAS

3 NOVEMBER 2008

Jam 6.15 pagi berpergian ke INTENGAH. Tujuan untuk menghadiri kursus PTK 4 mulai 3 hingga 10 November 2008. Tiba jam 8.50 pagi setelah rehat sebentar untuk sarapan di R&R Ulu Bernam. Terus menghadiri taklimat. Jam 10.45 pg bergegas pula untuk daftar dan ambil kunci bilik. Campak beg di bilik No.216 dan sambung untuk sesi kursus bermula.

Member kat belakang tu baru nak berkenalan


Suasana di Dewan Makan



Inilah lunch yang pertama


Hari pertama hingga ketiga dipenuhi dengan sesi ceramah. Kursus yang amat memenatkan.

6 November 2008
Khamisnya, masing-masing tension sebab sesi pengucapan awam. Tajuknya yang dipilih "PENGURUSAN AKAUN TABIKA PERPADUAN". Ia ke tu...... he...he..... Petangnya pula sesi membentangkan Perbicangan Kumpulan. Tajuk yang dipilih bagi Kumpulan 4 ialah MPK dan FM.
Inilah dia panel penilai yang penuh dedikasi. Pengerusinya ialah Pengarah INTENGAH sendiri iaitu Tuan Mustafa bin Mohamad dan disebelah tu Puan Siti Zubaidah.

7 November 2008
Hari Jumaatnya pula peserta kursus dikehendaki membentangkan Kertas Tugasan masing-masing dan tajuk yang disediakan ialah "Pegawai Yang Bermasalah dan Berprestasi Rendah".

10 November 2008
9.00 pagi - 12.00 tgh : Peperiksaan bertulis. Perlu jawab 5 soalan.