Friday, May 14, 2010

DUNIA INI

“ Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

Rajinnya kang membersih kawasan rumah ni.


Bahagian hadapan rumah kuaters yang TT duduki kini di Presint 11.

Tuesday, May 11, 2010

DI MANA HATI INI

Sahabat Rasulullah, Abdullah bin Abbas berkata,“Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati. Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman di wajah, kegelapan hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki, dan kebencian di hati manusia.”
Orang yang mengalami keadaan yang menjurus kepada situasi negatif ini dikatakan mengalami ‘masalah hati’. Dia tidak sakit dalam erti kata fizikal yang memerlukan rawatan doktor. Tetapi sebaliknya orang begini memerlukan suatu terapi jiwa untuk memulihkan hatinya daripada terus melarat.
Hati yang sakit akan membawa kepada:
1. Putus harap dan hilang rasa kebergantungan pada Allah
2. Kebimbangan dan kerunsingan
3. Resah dan bosan
4. Cepat putus asa dan kecewa
5. Takut pada persekitaran dan berdebar
6. Hilang yakin diri
7. Negatif dan pesimis dalam hidup

Perbuatan jahat terbit dari hati yang kotor berkarat. Perbuatan yang tidak waras seperti bunuh diri, mencederakan orang lain atau menyakitkan perasaan jiran tetangga bersumber daripada hati yang tercemar. Sebaliknya hati yang bersih akan melahirkan sikap terpuji, selalu berbaik sangka, saling ingin mempertautkan silaturahim dan ingin berjasa.

Rasulullah menjelaskan mengenai empat bentuk hati:
1. Hati yang bersih, ibarat lampu bersinar, iaitu hati orang mukmin
2. Hati yang hitam terbalik, iaitu hati orang kafir
3. Hati yang terbungkus dan berbalut, iaitu hati orang munafik
4. Hati yang bercampur aduk antara iman dan nifak

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh manusia dan jika jahat maka jahatlah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah itulah hati.” - (Riwayat Muslim)


Kang yang berjoging di Taman Saujana Hijau, berhampiran dengan rumah TT sekarang ini. memang cantik tempat nih.