Monday, September 23, 2013

SETIAP HARI ADALAH SAMA

Sudah lama rasa malas untuk menulis. Bagi orang pencen ni, semua hari dirasakan sama sahaja. Bukanlah macam orang lain yang bekerja. Hari-hari kena bangun awal. Boleh cerita mengenai jalan yang  jammed, ikut jalan mana, jalan sesak di mana atau cerita nak buat ketupat di pejabat.  Jauh sekali nak berkisah pasal jalan-jalan makan angin ke luar negara.
Kamu tahu kamu siapa. Tahu...tahu...tahu..

Lantas blog ini macam tak bertuan lagi. Atau adakah tuannya merajuk. Hoiiii.....jangan nak merajuk sangat le. Tak usah le nak sebak tetiba.
Kamu tahu kamu siapa. Tahu...tahu...tahu....

Dan lagi tak kan le hari-hari nak letak gambar Iman pula. Macam perasan jer.
Kamu tahu kamu siapa. Tahu...tahu...tahu..

Tuan blog ni meroyan ke....
Kamu tahu kamu siapa. Tahu...tahu...tahu..

Tapi hari ini entah kenapa rasa lain macam jer. Lain dari hari-hari sebelumnya  Hari ni rasa macam syok sendiri pula.
Kamu tahu kamu siapa. Tahu...tahu...tahu..

Alhamdullillah hari ini Allah masih panjangkan usia yang telah senja ini. Alhamdulillah juga kerana masih sihat dan.masih dimurahkan rezeki. Terima kasih kang dan juga anak-anak kesayangan. Bila dapat berkumpul sama-sama, tiada lain yang lebih bernilai dari itu. 

Esok Affini akan berkursus di PD hingga khamis. Jumaat hingga Ahad pula dia bertugas jadi fasilatator kem motivasi sekolahnya  di Hulu Langat. Cerok mana le pula. Moga semuanya selamat. Amin



8 September (Ahad)
Pelamin yang diletakkan di tempat simpanan kenderaan Bomba, Bandar Tun Razak.
Nasib baik dapat maklumat yang tepat beberapa jam sebelum bertolak.
Kalau tidak haruslah kami tersadai di Cheras.


Junaidi yang cool.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga mahligai yang dibena bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Malangnya kami tak dapat hadiri majlis di rumah kak cun di Ipoh


Iman dengan makngah dan pakngah. 
Kepala yang sudah dicukur....botak.


21 September (Sabtu)
Ini pula majlis di Dewan Masjid UNITEN.


21 September (Sabtu)
Malamnya fini belanja kami semua makan di Medan Ikan Bakar Ana, BBB.
Walaupun tempahan telah dibuat, meja full.
Memang sangat ramai pengunjung. Sesak.


Kelmarin kang belanja kami kek ini di SR, SACC, Shah Alam.
Petang ni, fini pula belanja umminya.
Thank U dear.