Wednesday, January 25, 2012

MASA YANG BERLALU

Ingin tanya diri. Kenapa tiada update untuk tahun 2012 ini. Semuanya sepi dan macam sukar sangat nak meluahkan segalanya di sini.
Tahun 2011 telah berlalu dan syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk menempuh hari-hari yang seterusnya. Semenjak menghabiskan masa di rumah, rasanya tiada impian yang hebat untuk dihajati. Kadang-kadang terfikir juga mencuba sesuatu yang baru  tapi biarlah segalanya sesuai dengan usia. Perlukan kita menongkah arus. 
Cuti awal tahun ini kami balik Ipoh. Itulah rutin kehidupan sejak akhir-akhir ini. Macam rindu sangat kat rumah itu. Dua minggu lepas, kami balik Ipoh lagi. beberapa perkara perlu diselesaikan. Tugas utamanya ialah mencari dewan untuk majlis yang dicadangkan berlangsung di Ipoh.  Pening juga sebab semua dewan yang berhampiran dengan rumah telah penuh pada tarikh yang dicadangkan. Rupanya orang lain telah membuat perancangan awal sehingga awal 2013.
Sabtu lepas, kami balik Ipoh lagi. setelah mendapat persetujuan dari pihak lelaki, tempahan dewan dibuat pada satu-satunya tarikh yang masih kosong.  Alhamdulillah kerana beberapa perkara penting telah dapat diselesaikan iaitu tempahan dewan, katerer dan juga urusan di kedai andaman. 


Jauh perjalanan basikal ini. Dari Ipoh ke JB ke Putrajaya dan balik ke Ipoh. Tauke kedai yang memang pakar ni tekun membaiki basikal Affini. Cuma RM35.00 sahaja perlu dibayar dan basikal ini sudah boleh digunakan. Apek ni tak berhenti bercerita dari kisah zaman remajanya hinggalah kepada politik terkini. Anak-anak dia berhijrah ke Singapura dan Australia. Kedai ini diusahakan dengan isterinya yang kelihatan masih sihat dan juga pandai membaiki basikal.


Menu nasih lemak ayam kampung yang menjadi kegemaran keluarga. Memang sedap.


Malam itu kami order 3 ekor udang galah yang memang besar di masak sambal petai. Kenapalah tak ada menu seperti ini di Putrajaya.