Friday, November 27, 2015

RIUH RENDAH MAJLIS KAMI

Sudah hampir penghujung tahun. Patut dah tutup buku ni sebab nak kena audit. Huhu... saja melawak dengan diri sendiri.

Masih tak ada mood nak menulis. Rasanya cukup sekadar gambar-gambar sebagai memori indah di masa akan datang. Dan hanya gambar-gambar ini sahaja yang sempat dicopy dari fail fotografer.

Majlis di pihak kami diadakan pada hari sabtu 30 Mei 2015 di Dewan Pusat Kejiranan Presint 8. Syukur kerana semua faily dapat menghadirkan diri. Tuan rumah hanya sempat bersalaman sahaja. Memang tak sempat untuk melayan dan bersembang sepenuhnya. 

Pengantin yang suka melukiskan jari-jemari.

Gambar selepas selesai majlis .


Masih di atas pelamin dari Eyka Bridal, Bandar Baru Bangi. 
Dari segi komitmen, memang sangat berpuas hati  dengan mereka tapi perhiasannya biasa-biasa sahaja.

Mengabadikan kenangan bersama yang tersayang.

Kami

Mak sedara dan dua budak comel. Nadia dan Hanani.
Baju seragam ipar duai yang dikongsi sponser oleh kang dan Awang. 

Taman Saujana. Dekat jer dengan rumah.

Foto ni juga dari juru kemera. Emak pengantin tak sempat nak pegang hp untuk ambil gambar.

Thursday, November 26, 2015

RASA NAK DAKAP SELAMANYA

Iman Delfina. 
Sudah 6 hari dipinjamkan sebab neneknya bercuti ke UK. Wahhh...hebatnya dapat makan angin macam tu. Emaknya pula ada kerja urgent menggantikan bosnya ke Kota Baharu, Kelantan. Nasib baik le atoknya tak ada kerja luar daerah sepanjang tempoh tersebut. Dapat le tolong uruskan budak yang comel yang bijak ni. 

Malam tadi Iman dah balik Pajam. Atok dan neneknya pula rindu nak jumpa cucu. Kang dah mula membebel.... sunyinya takde iman. Nanti lain kali Iman datang lagi ye atok...hihi.

Laju jer buka youtube....haishh. Macam mana nak hentikan ni.

Lepas maghrib, temankan atok mengaji. Siap nak pakai ketayap atok.


Masih tidur dalam buian. Nyenyak.

Kelaparan sebab pusing sana sini cari Tobot. 
Lunch di kedai mamak Salam, Presint 11.

Friday, November 20, 2015

TUJUH DULANG DARI KAMI

Sambung dari cerita bulan Mei yang lepas. Foto2 masih tersimpan dalam hp. Jadilahsekadar untuk kenangan. Gambar yang diambil fotografer dah disimpan.  Lagi pun failnya agak besar.