Saturday, January 31, 2009

SEMINAR

30 Januari 2009 (Jumaat)

Hari ini seharian TT menghadiri “Seminar Ke Arah Kecemerlangan Perkhidmatan Awam” di Dewan Bankuet, SUK.
Pembentang utama ialah Dato’ Ismail bin Alias, TKPPA (Operasi) JPA.
Selepas itu dewan diambil oleh Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Antara perkara yang dikatakan ialah mengenai RUTIN FITRAH:-

1. Solat dan doa
2. Maafkan semua orang
3. Bangun tidur – senyum dan berdoa
4. Buang air kecil
5. Buang air besar
6. Sarapan dengan makan pisang
7. Keluar rumah kaki kiri
8. Senyum selalu
9. Makan buah sebelum makan nasi
10. Kasih sayang merawat segalanya
11. Masuk rumah baca Basmallah. Beri salam dan masuk kaki kanan
12. Buat apapun secara terbaik

Bunyinya mudah tapi adakah kita telah melaksananya. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah…..amin
29 Januari 2009 (Khamis)

Hepy belated birthday to Dear Affini..
Hari ini baru sempat beli kek untuk birthday ke 20 Puteri 11 yang sepatutnya semalam - 28 Januari 2009. Janji hadiah dah beli. kannn....ok le dik?

Tuesday, January 27, 2009

MAKAN-MAKAN DI SUNGAI MANIK DAN JOHNNY

26 Januari 2009 (Isnin)

Hari ini ceria di hati ummi sebab semua putera/puteri balik berkumpul di rumah sempena Cuti Tahun Baru Cina. Walaupun kedua-dua puteri pulang lewat sikit sebab sibuk dengan aktiviti U dan kolej masing-masing, sesekali dapat juga berkumpul bersama-sama.

Lewat petang TT sekeluarga ke kampung Kang di Sungai Manik, Teluk Intan kerana malamnya ada majlis tahlil untuk aruah bapa dan ibu mertua. TT hanya sempat masak agar-agar pandan dan sagu. Semua adik-beradik Kang ada. Inilah baru dapat berjumpa sama-sama. Masing-masing sibuk. Tak sempat nak bercerita panjang.

27 Januari 2009 (Selasa)

Hari ni dah janji dengan putera/puteri untuk makan di Johnny, JUSCO. Baru nak mula makan, elektrik terputus le pulak. Lama juga menunggu.... Kang makan nasi goreng. Sedap tu.


Tenguk le tuh.........ranap semuanye....ha...ha....

Monday, January 19, 2009

BERPESAN-PESAN.....

Malam ini agak letih.....sekadar ingatan untuk diri sendiri:-

'sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran'
AL-Asr 2-.


'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

(1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
(3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
(4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
(5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
( Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
(10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.'
Al-Mukminuun 1-11.

Sunday, January 18, 2009

GERBANG MALAM

Malam ni jalan-jalan dengan Kang di Gerbang Malam. Selalunya ramai pengunjung. Nak jalan pun susah tapi malam nih tak ramai orang yahng datang. Mungkin disebabkan hujan yang turun petang tadi. TT sempat urut kaki...leganye!!! Macam dah ketagih pulak.
Kang pula terbeli h/phone 'casing'...jumpa juga yang berkenan dihati. Tenguk tu, terus bayar...Teruja sangat....ha...ha.....


Lepas tu singgah ke tempat biasa... Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung, Jalan Yang Kalsom. Tempat ni dah jadi kebiasaan untuk melepaskan dahaga. Yang pentingnya, ayam goreng kampung dia...best....
Gambar ni diambil masa sedang berjalan. Tak sharp jadinye....okeyle.

Itu dia.....order ayam kampung goreng je. Kang minum air tembikai.

Saturday, January 10, 2009

BERJAUHAN LAGI

Tadi jam 10.30 pagi hantar affiniI ke Bus Station Medan Gopeng untuk kembali ke I**I, JB setelah sekian lama bercuti hujung tahun. Sebelum tu, sarapan dulu roti canai di Restoren Salem. Kang ke sekolah pagi ni dan menyusul di B.Station jam 10.00 pagi.

Untuk kesekian kalinya, TT kembali berjauhan dengan putera dan puteri. Tinggallah berdua dengan Kang yang sentiasa kesibukan tu....

Khabar dari affini, dia selamat tiba di Larkin hampir jam 8.30 malam. Lamanya dalam perjalanan. Selalunya boleh sampai sebelum jam 7.00 mlm. Alhmadullillah selamat sampai.


Palestin - setiap kali melihat berita, masih terus menyiarkan berita keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Hanya doa untuk mereka. Amin!!!!!


Friday, January 9, 2009

LNPT...oh LNPT........

8 Januari 2009

Hari ini baru dapat siapkan LNPT untuk staf dan bermulalah sesi temu ramah. Ini tahun pertama TT di pejabat ini. Sambil beramah-tamah yang tak berapa nak mesra, TT berikan LNPT 2007 masing-masing .
Nah kau....boleh pegang dan tengok sendiri dan siap tanya puas hati ke tidak. Purata mereka gembira dengan markah yang diterima tapi ada satu akak ni siap cakap;

Kak Z : " Puan, tahun lepas saya dapat 97%. Kenapa tahun ni dapat 96% aje?"
TT : " Markah ni dah sangat tinggi sebab prestasi awak........bla....bla..........
Sepatutnya saya cuma beri kurang dari 90%. Kenalah ikut garis panduan JPA"
Kak Z : " Puan jangan nak samakan puan di JPA dengan kat sini"

Huh......rasa macam nak cantas aje markah dia. Isy.....???

Tuesday, January 6, 2009

HARI ASYURA - 10 MUHARRAM

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:


Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
Allah menjadikan Siti Hawa.
Allah menjadikan Syurga.
Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
Taubat Nabi Adam diterima Allah.
Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
Sunat menginai dan mengerat kuku.
Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

Mutiara Kata: "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

Monday, January 5, 2009

TUHANKU

“ Wahai Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku…..
ampunkanlah dosaku... bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar”.

Sunday, January 4, 2009

SONY ERICSON DAN NOKIA FREE

Ahad hujung minggu ni tak ada program menarik. Asalnya nak pergi Cameron Highlands tapi disebabkan Kang kurang sihat, terpaksa dibatalkan. Semenjak semalam, kang mengadu sakit kepala, leher dan badannya letih. Risau juga tapi masalahnya Kang ni, kalau tak betul-betul terlantar sakit, susah nak pergi jumpa doktor.

Nak berkisah sikit mengenai handfon. Atas ni ialah Sony Ericson K800i pemberian Kang tercinta setahun yang lepas. Telefon inilah digunakan untuk ambil gambar. Bolehlah setakat ambil gambar biasa-biasa. Telefon ni guna talian 019-471****. Kang yang bayarkan....baiknya dia.


Handfon Nokia 1208 ni kang belikan untuk affini, 6 bulan yang lepas. Minggu lepas Kang dah belikan Nokia E66 yang ada kamera untuknya. Sekarang ni, handfon yang lama nih umminya yang punya....017-523****.

Saturday, January 3, 2009

MAAF CIK PORA

Hujan turun sepanjang hari. Mulai awal pagi hujan tak henti membasahi bumi. Walaupun begitu, demi undangan walimatul-urus anak Cik Pora (staf di pejabat), bersama Kang dan affini bergerak ke Kampung Kepayang. Dah lah hujan, rumah yang dicari tak ketemu. Terpaksalah menyinggah makan nasi briani di Restoren Salem, Jalan Kuala Kangsar. Jauh tu... Dari selatan ke utara. Lepas le hajat nak makan nasi kenduri kahwin....tak dapat nasi minyak, briani mamak pun jadi le. Nasib baik tak jadi Pak Pandir...ha..ha..

Macam biasa....lepas tu menapak di Ipoh Parade. Sempat le beli kasut.. Sampai rumah jam 3.20 petang dan hujan masih turun renyai-renyai. Harap tak banjir lagi
Dalam kereta - perjalanan ke majlis kenduri kahwin anak Cik Pora yang tak kesampaian.

Ha...ha.... akhirnya menjamu selera di Restoren Salem, Jalan Kuala Kangsar. Mee goreng yang best. Wak dan affini makan nasi briani + ayam goreng...jadi le......
Lihat papedom yang penuh sepiring. Tak habis pun. Sedap tu.....

Affini berurusan di Kaunter Parkson, Ipoh Parade. Uminya belanja kasut.

Thursday, January 1, 2009

BERMULANYA TAHUN BARU

Hari ini awal tahun baru dan cuti umum. Paginya kami sekeluarga jalan-jalan ke bandar DiRaja Kuala Kangsar. Selebihnya duduk di rumah. Best juga lepak-lepak di rumah.