Sunday, March 15, 2009

CAMERON HIGHLANDS YANG BASAH

Pagi minggu ni, TT ke CH bersama Kang danPuteri 1 yang hendak membeli kaktus untuk program universitinya. Sesampai di CH, hujan mulai turun hinggalah balik. Terpaksalah berpayung sana sini. Mungkin disebabkan hari ini cuti sekolah bermula, CH sesak dengan manusia dan jalan yang jem. Gambar di bawah menceritakan segalanya

Kenderaan yang hampir tak gerak dalam basah hujan.

Kang dan Puteri 1 sempat berposing dan memilih kaktus di Cactus Valley, Brincang.

Saturday, March 14, 2009

MATA KEDUA

Hari ini pusing sekitar Ipoh untuk cari mata kedua (cermin mata). Mula-mula ke The Store dan Kompleks Yik Fong. Tak ada pula yang sesuai. Nasib baik singgah ke Ipoh Parade dan terjumpa frame Bonia nih + cermin (HOYA) = RM1,100. Dah tu, terbeli le pula cermin mata hitam. Bonia juga.
Petangnya ambil Puteri 1 yang pulang bercuti.

Sunday, March 8, 2009

MESYUARAT ..... MAKAN,,,,,???

05.03.2009

Hari ni TT hadir mesyuarat agung PE**EP di M** Pe***ai. Ini kali pertama TT hadir mesyuarat seumpama dan sewaktunya. TT hadir pun sebab nak bawa beberapa orang staff.


Jamuan ringan yang disediakan. Memangnya ringan.....??? Bagusnya mereka ni tak kisah apa yang dihidangkan. Redha dengan apa yang ada.

05.03.2009

Seawal pagi bergerak ke Teluk Intan temankan Kang yang ada appoinment dengan doktor giginya. Selepas tu, macam biasa makan mee rebus Mastan Ghani.
Hujung minggu ini, kami bercadang nak ke KL. Dah janji dengan Puteri I. Tapi disebabkan tuan Putera balik bercuti, tak jadi nak pergi mana-mana.

Kang sedang menjamu selera dengan mee rebus...

Sunday, March 1, 2009

HUJUNG MINGGU DI TELUK INTAN

27.02.2009 (Sabtu)

Hujung minggu ini TT ikut Kang ke Teluk Intan untuk majlis tahlil di rumah abang Mat. Sampai T.Intan terus pekena mee jawa Mastan Ghani yang sememangnya terkenal tu. Sedap....me rebus dan kuah campur. Selesai makan, shoping di Supermarket The Store. Kang sempat beli seluar dan baju.
Malamnya pula ke rumah bang Mat.

Selesai tahlil, masing-masing menjamu selera. Sepanjang hari ni, TT tak makan nasi lagi. Jadinya sedap pulak dinner malam ni.

Malam ini, TT bermalam di Hotel Angsoka. Inilah kali pertama bermalam di sini. Okey ler. Dulu, masa arwah emak mertua dan bapa mertua masih ada, mestilah tidur di Sungai Manik. Sebelum tu, sempat ronda-ronda kat pekan. Dah lewat malam. Hanya lampu yang menyala dan menemani malam minggu di sini.

28.02.09 (Ahad)
Pagi ini sarapan roti sardin di Medan Makan Speedy. Sedap. Rotinya tak banyak minyak . Nipis dan garing. Lain kali boleh makan kat sini lagi.
Balik Ipoh setelah selesai melawat emak Lina dan bapa Hamudah yang sakit di hospital.