Friday, November 27, 2009

AIDIL ADHA

Untuk kali ini, TT dan keluarga menyambut Aidil Adha di Putrajaya dan untuk kali ini juga, Aidil Adha disambut dengan amat sederhana. Untuk juadah pagi ini TT hanya masak rendang ayam, sayur goreng dan nasi himpit.Pagi tadi kami sekeluarga solat sunat di Masjid Presint 8. Kemudiannya Kang pergi merelakan diri untuk majlis korban.... Untuk menu tengahari ini, TT cuma tambah dengan nasi tomato dan ayam masak merah...

Tuesday, November 24, 2009

SURAT HAWA UNTUK ADAM?????

Adam,

Maafkan aku atas coretan ini. Sesungguhnya aku adalah Hawamu,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok,yang telah dijanjikan untukmu. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Adam,

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Allah swt jua.

Adam,

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM?!.. Ramai orang berkata jika anak jahat ibubapa tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,

Kau sebenarnya IMAM dan aku adalah MAKMUMmu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku…......

Catatan: Petikan ini dipetik dari blog yang TT singgahi. Terima kasih.

Monday, November 16, 2009

MENDUNG DAN SAYU

Untuk kesekian kalinya, TT keseorangan dan kesepian lagi. Usai solat zohor, kang kembali ke rumah kami di Ipoh.
Dan entah kenapa, hati TT diulit rasa sayu yang amat sangat.
Hari ini pula, dari pagi langit mendung dan sesekali hujan turun membasahi bumi......basah, sepi dan sendunya hati ini.

***************************************

“ Wahai Tuhan kami! Janganlah kami dihukum, jika kami terlupa atau bersalah. Janganlah Kau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana Kau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami! Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak dapat kami pikul, maafkan kami, ampunilah kami, dan berilah kami rahmat; Engkau pelindung kami, sebab itu lindunglah kami dari kaum yang tidak beriman itu! ”
Surah Al-Baqarah, ayat 286

Friday, November 13, 2009

ALLAH SAYANG DIA...

11 November 2009 (Rabu)
Awal pagi ini TT dikejutkan dengan berita pemergiaan Hadi, anak saudara di Taman Tambun, Ipoh. Selepas solat subuh, TT bersendiran pulang. Jenazah selamat dikebumi sebelum solat zohor.
Itulah kehendak Illahi. Dia yang masih muda (25 tahun) telah dijemput olehNya.
Terkenang diri ini... kalau Allah mengambilku disaat ini, sudah cukupkah bekalan yang hendak dibawa. Telah terhapuskah segala dosa-dosaku... samada dosa besar mahupun dosa kecil.
Terkenang juga insan-insan yang rapat disekelilingku.
Tuhanku...
Ampunkanlah segala dosaku. Jadikanlah hambaMu ini, suamiku dan anak-anakku orang yang beriman kepadaMu.
Rasa kerdilnya diri ini........

Sunday, November 8, 2009

DOA SEMASA MURUNG


اللّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ , وَابْنُ عَبْدِكَ , وَابْنُ أَمَتِكَ , نَاصِيَتِي بِيَدِكَ , مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ , عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ , أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ , سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ, أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ, أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ, أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ, أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي, وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلاَءَ حُزْنِي, وَذَهَابَ هَمِّي

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

********************************

“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.”
(QS Al-Isra’, 17/32)

Wednesday, November 4, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR?????????

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Berikut pula personaliti seseorang berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh dikenali dengan mudah?
Bolehkah tarikh lahir melihatkan keperibadian diri menerusi warna tersebut. Jangan percaya sangat. Ini sekadar suka-suka saja.

Puteri 11: 28 Januari (25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu )
Merah Jambu : Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Kang : 15 Jun (14 hingga 23hb Jun - Maroon )
Maroon : Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan....iye ke???

Puteri 1 : 23 Julai (15 hingga 25hb Julai – Kuning)
Kuning : Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

TT : 23hb September - Olive
Warna buah Zaiton (Olive) : Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Putera : 20 November (12 hingga 21hb November – Emas)
Emas : Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.


Gambar ini hanya hiasan saja.....Yang berdua ni suka sangat ambil gambar melalui cermin macam ni.... dah cute tu!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

KAU PERGI JUGA......

Hari ini terpaksa melepaskan kereta Wira Aeroback ini yang telah telah mencatitkan pelbagai kenangan selama 7 tahun yang lalu.

Dan ini pula kereta yang telah digunakan sejak 5 bulan yang lalu. Warna masih tetap sama cuma yang kat depan tu aje lainnya...hu...hu...
Kereta ini walaupun canggih tapi banyak sangat kerenahnya. Mudah-mudahan dia setia dan tak buat banyak kerenah.... disayangi tuan yang empunya dan menyayangi tuan yang empunya...amin....

Foto ini diambil di kampung kang di Sungai Manik...dipinggir sawah padi... abadi dihati.