Saturday, April 30, 2011

GILANG GEMILANG- WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

Semalam teruja  menonton majlis perkawinan diraia.
Petikan dari Utusan online:
LONDON 29 April:  Dengan senyuman tenang sambil menyarung sebentuk cincin perak di jari manis kiri Kate Middleton, Putera William hari ini sah bergelar suami dalam satu upacara gilang gemilang yang diadakan di Gereja Westminster Abbey, tengah London hari ini.  Ikrar perkahwinan yang dilafazkan kira-kira pukul 6.25 waktu Malaysia itu turut disaksikan lebih dua juta penonton di seluruh dunia dan dihadiri kira-kira 1,900 tetamu diraja di Gereja Westminster Abbey, tengah London .
Selepas majlis perkahwinan di Westminster Abbey, pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu diarak menaiki kereta kuda State Landauke 1902 yang pernah digunakan Putera Charles dan Puteri Diana semasa perkahwinan mereka ke The Mall untuk melambai kepada rakyat dari balkoni dan ke Istana Buckingham bagi majlis resepsi dihadiri 650 tetamu



Tentu William teringat bondanya Diana. Bagaimana pula perasaan Charles.




Ini pula nasi minyak sewaktu hadir majlis perkahwinan anak kawan kang ahad lepas di Presint 9, Putrajaya.

Saturday, April 23, 2011

KELEBIHAN SUJUD

Panduan ini disalin daru emel seorang teman...Roseanita...
MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Friday, April 22, 2011

ANNIVESARY KAMI

Hingga hari ini, sudah 27 tahun kami hidup bersama. Semuanya atas ketentuan Allah...sebagaimana kami bertemu di rumahku, di kampung. Itu kisah pada tahun 1983 yang telah lama berlalu.
Dalam mengharungi kehidupan bersama, pasti pelbagai kisah pahit dan manis yang telah ditempuhi.Hari inia ku pejamkan mata sebentar dan ingin aku nikmati kehidupan yang lalu. Semoga hubungan ini berpanjangan, berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa.....

Dear hubby...
aku ingin terus setia disisimu
hingga takdir Illahi yang akan memisahkan kita
dan aku terus memohon redhaNya
amin...


Suatu waktu dahulu....kami di The Mines, Serdang

Wednesday, April 20, 2011

FOBIA LAGI

 Sepatutnya hari ini ikut kang balik Ipoh sebab dia ada mesyuarat di BTP. Sebenarnya hati ini rindu sangat nak balik ke rumah sendiri tetapi disebabkan kang balik dengan Viosnya, tak jadi nak ikut. 

Ada beberapa sebab yang membantutkan hasrat untuk ikut sama tapi salah satu sebab penting ialah masih fobia dengan kejadian tayar pancit tempohari. Memang mengerikan. Macam mana nak buat ni untuk masa-masa akan datang. Tak kan asyik kena tinggal selalu. Sedihnya hati ini.

Untuk malam ini dan malam esok, nasib baik angah sanggup berulang dari Shah Alam. Kesian juga dia yang dalam keletihan.
Hmm....memang masalah ni.


Rindu pada pokok bunga yang terbiar dan hampir kering.



Makan malam di Restoren Ikan Bakar Sekincan, BBB.

Saturday, April 16, 2011

MYVI

Semalam petang agak sibuk sebab uruskan kereta MYvi yang baru. Pendek kata kena carik plastik dulu baru boleh duduk. Lambat juga nak tunggu semua urusan selesai. Sementara menunggu dalam hujan yang panjang, sempat juga pekena teh tarik dan mihun goreng yang dikongsi dengan Kang di kedai bersebelahan.

Hari ini Iki bawa ke kedai untuk buat cermin gelap. Sementara menunggu tuan yang ampunya balik dari JB, tidor je kereta tu sebab masing-masing dah ada kereta. Nampaknya sesekali penuhlah kereta di hadapan rumah ni.


Warna idaman Affini.


           

Saturday, April 9, 2011

SURAU AL-FURQAN, PRESINT 11

Hari ini bangun awal untuk sediakan lunch untuk Iki dan Syazwani yang balik setiap hujung minggu. Kesian juga kalau tak masak. Selalunya hari Sabtu, tak ke pasar. Memadailah masak apa yang ada dalam fridge. Menu yang sempat disediakan ialah sambal udang, sayur goreng dan siakap 3 rasa. Yang wajibnya ialah telur dadar (jangan telur tiruan...sudah). Untuk menu pagi, hanya sempat sediakan goreng pisang. Hmmm...goreng 4 biji untuk 2 orang....itupun tak habis.

Seperti biasa jam 8.45pg, kami dah gerak ke Surau Presint 11 yang hanya lebih kurang 4 km dari rumah. Ini adalah kursus kelapan yang sempat kami ikuti. Semakin menarik dan perlu diingatkan beberapa perkara penting. Moga kami  mendapat seruanNya...amin.

Kang yang dipaksa menjadi model di hadapan hotel penginapan di Kuantan tempohari.
Hujung tu ialah jambatan ke Tanjung Lumpur. 
Waktu malam, ramai orang memancing ikan di sekitar laluan yang dibena indah ini. 


Ini pula gambar sewaktu Pesta Belon Panas di Presnit 2, Putrajaya. 

Wednesday, April 6, 2011

KISAH TAYAR LAGI

Kang ni selagi tak selesai kerja dia, habis anak-anak pun kena ganggu. Ahad lepas kang dan Iki ke Kajang untuk ganti tayar keretanya. Mulanya kang nak ganti di Shah Alam atau Kelang tapi Iki syorkan ke Kajang sahaja. Lagipun stereng kereta ditangan anak. Dia ikut saja. Akhirnya kang ganti semua tayar dan juga rim yang baru. Isy.....fobia sangat rasanya nak naik keretanya.


Selepas balik dari Kuantan, singgah semalam di PUJ dan awal pagi kami balik Ipoh.
Malam tu, sempat menjamu selera di Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung. Terubat rindu pada keenakan makanan di Ipoh.

Agaknya orang kiri-kanan mesti tergelak melihat uncle dan aunty yang minum ais malam-malam buta nih.
Sedap tak terkata.