Thursday, May 31, 2012

INAI DIJARI SEBAGAI PENYERI

Memang niat dihati nak post sebanyak mungkin entri di bulan Mei ini tapi segalanya tidak menjadi seperti yang dirancang. Pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dan sangat menyesakkan fikiran. Masa pula berlalu sangat cepat dan esok akan tiba majlis pernikahan. Harap segalanya berjalan dengan sempurna dan selamat.  Debarnya hati seorang ibu, hanya ALLAH yang mengetahui.


Malam ni maklong inaikan angah. Terima kasih maklong.

Friday, May 11, 2012

PAGI JUMAAT YANG HENING, CHALTE-CHALTE DAN SECAWAN NESCAFE PANAS

Sejak akhir-akhir ini memang susah sangat untuk tidur lena. Memanglah badan tersangat penat dan kepala juga tersangat berserabut. Malam tadi jam 1.00 pagi bangun gosok baju. Cari apa-apa kerja yang boleh dibuat untuk melayan mata yang tak mahu lena.
Malam tadi juga hati sangat tersentuh dengan tajuk Forum Perdana TV1. Memang ramai ibubapa yang merindui anak sedang anak-anak sebuk dengan urusan sendiri. Seperti kata Prof. Dr Mahaya, bila keadaan itu berlaku, kita kembalilah kepada Yang Mencipta. Mohon kepadaNya. 
Pagi ini pula, bangun dengan hati yang berlapang dada. Moga Allah beri kesihatan yang sempurna dan kesudahan yang baik untuk ibu ini...amin.


Pagi ini buat secawan nescafe panas. Hmmm...sangat enak sambil mendengar lagu chalte-chalte dari Sinar.

Perkara yang dilakukan semalam:
1. Bayar deposit SJ Ketering untuk hi-tea majlis nikah angah di Masjid Besi
2. Konfirmkan tempahan bahulu dengan Yusniza Yusuf
3. Facial di Salon Only One
4. Booking facial untuk angah pada Ahad ini jam 10.00 am di Salon Only One
5. Konfirmkan tempahan dan menu dengan Salmah untuk jamuan makan malam di Ipoh pada 16 Jun 2012