Saturday, June 29, 2013

Monday, June 24, 2013

Wednesday, June 19, 2013

HARI INI KAMI DI ISTANA KEHAKIMAN

Affini berurusan di kaunter 12.


Waktu datang tadi, pintu Muzium Kehakiman ini terbuka luas. 
Selesai urusan, kami terus ke kaunter petugas. 
Muzium ini terbuka kepada pelawat pada hari bekerja.
Jom masuk.

Hanya kami pelawat diwaktu ini.


Suasana sewatu mahkamah sedang berlansung.
Risau juga kalau tiba-tiba patung tu bersuara.


Ini adalah surat kuasa wakil tahun 1910 bertulisan tanganyang ditulis oleh Thomas Johnstone Baslyle Gifforddi Edinburch.
Tujuan surat ini adalah untuk memberi kuasa membeli ladang getah Tangga Batu, Melaka.




Replika Istana Kehakiman, Putrajaya.


Buku ini tebalnya hampir 5 inci.
Siapa yang boleh baca dari ayat pertama hingga terakhir...ohhh.

Sunday, June 16, 2013

MENGHARGAI SATU SAMA LAIN

Sabtu lepas adalah hari lahir kang. Dan minggu sabtu sebelumnya pula adalah hari lahir zaty. Jadinya  hujung minggu ini kami telah berpakat untuk berkumpul sama-sama. 

Tiada  menu istimewa tapi cukup sekadar nasi briani, ayam goreng, kari daging, sambal sotong dan sayur jalatah yang ringkas dari dapur. Jadilah untuk  meraikan keluarga kecil kami. Angah pula dah janji untuk bawa kek dari SR yang pastinya sangat sedap.

Selamat hari lahir untuk kang dan zaty. Hidup ini sentiasa berliku dan sabarlah menempuhnya. Jadilah insan yang jujur dan terimalah amanah Allah dengan berlapang dada. In sya Allah akan bahagia hingga akhir hayat.


Kek SR dari Angah dan Azam yang dibawa dari Shah Alam. Terima kasih.



Pulut kuning  ini khas untuk menghargai kang, iki dan azam. 
Sayangnya iki dah balik. Semuanya panas dari dapur.

Dua hero yang sempat berkongsi perasaan meraikan hari bapa. 
Masing-masing potong. Tak payah nak rebut-rebut....haha.


Wednesday, June 5, 2013

OHHH...JADI CACAMARBA

Satu...dua...tiga....baru nak mula balik berjogging. 
Destinasi pagi ini ialah Masjid Besi.
Terjumpa pula pokok ini. Tak tau pokok apa. 

Buah yang bergayutan.


Malam ini terajin pulak nak masak mee kari. 
Cukup untuk makan dua orang.
Uhhh...meriahnya daun pudina dari sudut rumah.

Satu wajah pelbagai cerita. Selalu rindu budak ini.
Gambar ini maksunya yang ambil. 

Sunday, June 2, 2013

RESEPSI ENOI......enoi oh enoi

Selesai majlis tahlil dan bacaan yasin malam semalam, kami terus balik. Oooohooo...malam tadi ada pertandingan karaoke. Ramai pulak yang berminat tapi nasib baiklah kami sekeluarga tidak terjebak. Sampai rumah masing-masing terus cari bantal. Bukan sebab letih buat kerja tapi sebab letih kekenyangan.

Sarapan pagi kami hari ini ialah nasi lemak yang panas dari dapur. Ada juga cucur jagung. Juga panas dari kuali. 

Pagi tadi kang mesti nak bertolak awal. Semalam penat pujuk dia supaya tinggal je tapi dia yang tak nak. Ingat nak bagi peluang dia bermanja-manja dengan family dia. Sebuk nak ikut kami balik juga. Maknanya dia tak boleh nak membebel dan menyalahkan kami.  

Tok...tek....tok....tek.... akhirnya kami sampai rumah kak jah hampir jam 12.00 tengahari. Hahaha..amik kau. Kang terus makan. Budaya orang jawa ni memang macam tu. Petugas rewang disuruh makan sebelum tetamu datang supaya nanti tidak kelaparan.

Hampir jam 4.00 petang baru dapat isyarat untuk balik. Alhamdulillah. Ohhh...penat.


Pasangan pengantin yang diraikan.
Semoga bahagia dan berkekalan selamanya.


Affini sempat bercerita dengan Tasha dan Nadia.
Cekak yang Tasha pakai itulah yang Fini buat.
Ada yang merajuk sebab tak dapat.

Sepupu sepapat yang dapat peluang berkumpul. Memang seronok.

Saturday, June 1, 2013

KALI INI MAJLIS TAHLIL KANG DI ULU LANGAT

Affini kejar-kejar siapkan cekak bunga felt untuk sepupunya.  Juga tempahan brooch dari syikin.
Ada dua ekor kambing panggang untuk malam ini.

Seperti biasa, abang mat menjadi imam dan pengerusi tetap mesyuarat keluarga.

Norimah, kak Jah, Sharifah dan Icam yang kusyuk dengar mandat pengerusi...hehe.