Wednesday, December 31, 2014

RUPANYA DAH SAMPAI HUJUNG TAHUN ATAU LEKANYA HIDUP INI

Malam dan siang terus berlalu dalam kehidulan yang pantas ini. Entri di blog pun tidak seberapa. Ibarat hidup segan mati tak mau. Siapa yang segan....siapa yang mati? Uishhh....kasar sangat bunyinya.

Hari ini 31 Disember. Khamis yang terang dan hari ini matahari sudi untuk menerangi siang di bumi bertuah ini. Disember tahun ini, cuaca sentiasa mendung....ada hujan...ada angin.....juga ada kilat sambar menyambar....guruh pula berdentum siang dan malam. Sana sini pula dilanda banjir. Ada banjir kecil dan ada juga banjir besar. Mood pun macam ikut hari juga.
 
Tengahari ni, sempat melihat berita mangsa banjir terutama di Kelantan. Ada rumah yang dibawa arus air. Makcik tu kata rumah dia bergerak dibawa arus banjir yang derah dan  terbalik terus. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan kehidupan mangsa banjir ini. Ya Allah, semoga mereka tabah ini tabah mehadapi dugaan ini dan dapat meneruskan kehidupan di masa hadapan.

Nampaknya tahun ini diakhiri dengan kesedihan dan kedukaan untuk ramai orang. Bersyukur pada diri sendiri kerana masih boleh golek-golek di rumah sendiri.



Thursday, December 18, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Friday, August 22, 2014

PUN TURUT BERSEDIH - PENGHORMATAN UNTUK MANGSA TRAGEDI MH17

Mati itu pasti. Walau siapa agama  mereka, bangsa mereka, keturunan mereka mahupun di mana mereka berada, ianya tidak akan berganjak walau sesaat.  Kepada yang beragama islam hanya al fatihah untuk mereka yang telah pergi kepada penciptaNya.

Dihari jumaat yang mulia ini, hanya keranda yang dapat dilihat. Khabarnya semua jenazah telah disempurnakan mengikut agama masing-masing. Betapakah pula perasaan waris. Ya Allah...kepadaMu kami memohon kekuatan untuk mereka. Semoga mereka redha dengan segala ketentuanMu. 

Yang pasti, hati ini juga turut sayu. Semoga roh mereka dicucuri rahmatMu. Innalilla hiwainna rojiun.



Wednesday, July 9, 2014

Saturday, July 5, 2014

DI RAMADHAN YANG MULIA INI, PERGINYA SEORANG PERMATA SENI NEGARA

Al-fatihah untuk Datuk Sharifah Aini.

Arwah bukanlah penyanyi yang diminati tetapi berita pagi tadi mengenai Datuk Sharifah Aini, air mata bergenangan.  Ohhh.....sayu rasa hati. Arwah pergi menemui penciptanya dibulan Ramadhan yang mulia ini. Janji Allah itu adalah pasti.
 
Sempat buka fb arwah. Pesanan terakhir arwah sangat menyentuh kalbu. Semoga menjadi panduan untuk semua.
  
Pesanan terakhir Sharifah Aini ini disampaikan kepada umum melalui sahabat karib Datuk Khalilah Mohd Talh.

Ringkasnya pesanan Sharifah Aini ini diselitkan doa jika beliau meninggal dunia, harap dapat pergi
dalam kesudahan yang baik (diwafatkan dalam iman dan taqwa). Seterusnya nasihat untuk peminat agar guna Facebook hanya untuk menyambung hubungan dan nasihat menasihati dengan baik. Sharifah Aini menjadi penyanyi kerana dia suka menyanyi, dan Sharifah Aini sangat-sangat menghargai semua peminatnya.

"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."
 
 
 
YA ALLAH...KAU TEMPATKANLAH ALLAHYARHAMAH KE DALAM GOLONNGAN ORANG YANG BERIMAN...AMIN

 



Friday, June 27, 2014

SECANGKIR NESCAFE DAN BISKUT OSBORNE

Pagi jumaat ini dingin setelah sekian lama kering oleh el-nino. Subuh tadi hujung turun agak lebat. Itulah besarnya nikmat Allah.  
 
Dan alangkah damainya kalbu apabila jendela dibuka. Melihat rintik-rintik hujan , tiba-tiba hati teringat rumah sendiri yang agak lama tidak dijenguk. Rindu sangat-sangat. Sudah lebih sebulan tidak menjengah rumah yang ditinggalkan.

Alangkah damai hati dipagi ini walau bertemankan secawan nescafe.

Tuesday, June 17, 2014

Sunday, May 11, 2014

HUJUNG MINGGU DI HARI IBU

Ahad ini kami hanya tinggal bertiga sahaja. Bersuka-suki tiga budak itam menghabiskan masa dengan jalan sana dan sini. Mula cadang ingat nak ke Shah Alam tapi pagi ini abah tersangat rajin mengemop rumah. Dari atas hingga ke bawah. Selamat tenaga esok hari...amin.
 
Akhirnya kami ke BBB temankan fini window shopping. Untuk remaja sepertinya, memang banyak butik yang sesuai.  Lunch pula, fini yang belanja.

Owhhhh....ada hadiah istimewa dari fini untuk umminya. Terima kasih sayang.

Wednesday, May 7, 2014

KATA ORANG, UNTUK BAHAGIA KITA TAK PERLUKAN ALASAN

Episod satu FAJAR AIMAN, memang bercelaru plotnya. Susah nak faham. Kemudian rasa malas pula nak terus mengikuti cerita ini.

Ia kisah masyarakat yang biasa-biasa dalam kehidupan masyarakat Melayu. Wang menjadi keutamaan. Darjat dijunjung. Selepas menodai teman wanita, semudahnya lelaki itu menikahi wanita lain atas rancangan kotor kakaknya sendiri. 

Bagaimanakan kesudahan cerita ini?

Tapi lirik lagu ini memang sangat menyentuh kalbu. Masih indahkan sisa-sisa kisah lalu jika kisah hitam itu membawa derita?

Lirik Lagu Alasan Untuk Bahagia – Asfan Shah
Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia


Kini yang tinggal hanya
Sejujurnya masih ada rasa cinta

Sesekali nak berjiwang pulak....

Tuesday, April 22, 2014

DEMI MASA....YANG TELAH BERLALU DAN HARUS DILALUI SELAGI NADI BERDENYUT

Sudah sangat lama tidak mencatitkan perjalanan kehidupan di ruang ini. So kenalah buat tajuk panjang-panjang untuk syiokkkk sendiri. Harap-harap tidak akan ada lagi kunjungan dari spesis harem. Sila pergi jauh-jauh wahai kamu...kamu....kamu.....kau. Kalau nak memilih teman ikut kastamu...di sini bukanlah tempatnya. Memang mood sangat kecewa hingga hampir suku tahun tidak menjengah blog ini. 

Banyak sangat kisah hidup yang tertinggal untuk dimemorikan di sini. Tapi hari ini....pagi ini....pemberian ini sangat menyentuh hati. 

"ada maksud terbalik itu"
"maksudnya berazam akan berubah lain dari kebiasaan" 

Insya Allah....mari kita sama-sama mulakan.  


Mulanya ingat jam ini belum dibetulkan jarumnya tapi rupanya memang kena lihat cara bagini. Lama-lama nanti tentu boleh faham menggunakannya. Harap boleh teruskan amalan baik dalam kehidupan seharian nanti.