Mati itu pasti. Walau siapa agama mereka, bangsa mereka, keturunan mereka mahupun di mana mereka berada, ianya tidak akan berganjak walau sesaat. Kepada yang beragama islam hanya al fatihah untuk mereka yang telah pergi kepada penciptaNya.
Dihari jumaat yang mulia ini, hanya keranda yang dapat dilihat. Khabarnya semua jenazah telah disempurnakan mengikut agama masing-masing. Betapakah pula perasaan waris. Ya Allah...kepadaMu kami memohon kekuatan untuk mereka. Semoga mereka redha dengan segala ketentuanMu.