Kenapa dalam hidup ini kita perlu merayu. Memang sedih bunyinya. Ada orang yang tidak bersalah tapi dia telah dituduh melakukan kesalahan. Makanya orang yang kena tuduh perlulah merayu. Tapi bagaimana pula jika orang itu benar-benar bersalah tapi tidak mahu mengaku kesalahan itu telah dilakukannya. Isyyy.....jenis apakah manusia ini.
Putrajaya hari ini panas. Cuaca tidaklah sepanas hingga boleh menyebabkan tanah kering kontang. Tapi hari ini ialah keputusan rayuan kes liwat DSAI terhadap SB.
Keputusannya DSAI gagal dalam rayuan kedua. Ya Allah....ampunkan dosa kami. Kami insan-insan yang lemah. Yang sering hanyut dalam nafsu kami. Amin.