Friday, December 20, 2019

BEDEBAR JUGA

Petang Jumaat yang sejuk. Hujan renyai di luar.
Opah godek-godek tab yang dah lusuh dimamah usia. Teringin pula nak update setelah sekian lama benci yang amat pada dunia blogging. Menulis pun dah tak pandai untuk berkata-kata....hantam jer opah petang ini.

Rasa berdebar juga sebab memang sudah lupa password sebab dulu-dulu guna laptop. Nasib baik boleh buka walau tanpa perlu password. Macaam pelik juga... opah kata pada diri sendiri jer. 
Harap-harap lepas ini boleh on blogging balik. Kata bijak pandai apabila usia senja kita perlu freshkan balik otak yang kematu tu. Takut makin hari makin mengecil. Seram juga tu. Kalau atok dah tak ada, siapalah nak temaankan kita.

Wassallam

Atok main pasir dengan Fathia.... bercanda di Pantai Telok Batik suatu ketika dahulu.

Friday, July 19, 2019

MALAM INI KITA BERTEMU

Sekian lama menyepi dan menghilangkan diri dari dunia blogging.
Tiada kabar indah yang perlu dicoretkan. biar sekadar bicara pada diri dalam sepi.
Aduhai... bisikan rasa opah yang hanya tinggal penghujung usia.

Tercari-cari foto yang mahu diabadikan disini tapi rupanya sudah tak pandai memindah memori... Allahu.

Kita berfoto lain masa.

Jom tidur... mati seketika. Moga Allah SWT hidupkan jasad ini untuk bernafas esok hari dan hari-hari seterusnya.

Ya Allah.... matikan hamba mu ini dalam keimanan.