Friday, September 1, 2023

SEPTEMBER DATANG LAGI

 Jumaat  pembuka hari di bulan september.

Semoga semuanya baik-baik belaka.


Cucu ke 5 - Eshan Qarizh. 

Dah 6 tahun usianya.

Semoga jadi insan cemerlang dan anak yang soleh.

Friday, June 23, 2023

SALAM JUMAAT JUN 2023

 Baginilah kehidupan mengisi waktu dihujung usia yang tersisa. Bukan tak sedar tika ini dah menginjak hampir setengah tahun 2023 tapi keinginan untuk menulis makin pudar. Sebenarnya tak tau nak bercerita mengenai apa.

Pagini dah bersiap menunggu apek lori jual ikan. Namun bayang pun tak muncul.... hmm

Salam jumaat di Zulhijjah yg mulia. Terkenang pula perjalanan haji kami 4 tahun yang lepas. Urusan haji kami yang lancar dan sangat mudah dengan Muasasah TH. Syukur alhamdulillah.

Thursday, September 1, 2022

SEPTEMBER YANG MANIS

 Assalamualaikum wahai september yang manis

Semoga semuanya baik-baik belaka.


Sudah hampir sebulan si Intan Payung temankan opah dan atok. Banyak akalnya sekarang nih.

Thursday, June 16, 2022

CERITA TERTANGGUH

 Syukur dah boleh buka blog yang sekian lama tak boleh buka hasil dari percubaan nak hantar komen di blog tuan IM. Semoga selepas ini dapat terus mencoretkan perjalanan kehidupan seterusnya. Amin

Friday, December 20, 2019

BEDEBAR JUGA

Petang Jumaat yang sejuk. Hujan renyai di luar.
Opah godek-godek tab yang dah lusuh dimamah usia. Teringin pula nak update setelah sekian lama benci yang amat pada dunia blogging. Menulis pun dah tak pandai untuk berkata-kata....hantam jer opah petang ini.

Rasa berdebar juga sebab memang sudah lupa password sebab dulu-dulu guna laptop. Nasib baik boleh buka walau tanpa perlu password. Macaam pelik juga... opah kata pada diri sendiri jer. 
Harap-harap lepas ini boleh on blogging balik. Kata bijak pandai apabila usia senja kita perlu freshkan balik otak yang kematu tu. Takut makin hari makin mengecil. Seram juga tu. Kalau atok dah tak ada, siapalah nak temaankan kita.

Wassallam

Atok main pasir dengan Fathia.... bercanda di Pantai Telok Batik suatu ketika dahulu.

Friday, July 19, 2019

MALAM INI KITA BERTEMU

Sekian lama menyepi dan menghilangkan diri dari dunia blogging.
Tiada kabar indah yang perlu dicoretkan. biar sekadar bicara pada diri dalam sepi.
Aduhai... bisikan rasa opah yang hanya tinggal penghujung usia.

Tercari-cari foto yang mahu diabadikan disini tapi rupanya sudah tak pandai memindah memori... Allahu.

Kita berfoto lain masa.

Jom tidur... mati seketika. Moga Allah SWT hidupkan jasad ini untuk bernafas esok hari dan hari-hari seterusnya.

Ya Allah.... matikan hamba mu ini dalam keimanan.

Thursday, March 24, 2016

LAHIRNYA CUCU KE 3 AINUL FATHIA

Syukur.
Dalam debaran yang tak sudah, lahir cucu ke 3 dalam keluarga kami. Affini selamat melahirkan Ainul Fathia walaupun melalui pembedahan di Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2016. Alhamdulillah.

Waktu ini opah pun jadi sebuk menguruskan affini yang berpantang di rumah. Cerewet juga untuk menjaga orang yang berpantang melalui pembedahan. Ibu tak boleh bergerak banyak.

Pengalaman yang paling istimewa bila harus tidur atas kerusi selama tiga malam di hospital.

Monday, January 4, 2016

SYUKUR MASIH DIPANJANGKAN USIA DI TAHUN BARU

Hari ni sudah empat hari ditahun 2016. Begitu cepatnya jam berputar. Moga tabir tahun baru ini memberi kehidupan yang lebih bermakna.



Friday, November 27, 2015

RIUH RENDAH MAJLIS KAMI

Sudah hampir penghujung tahun. Patut dah tutup buku ni sebab nak kena audit. Huhu... saja melawak dengan diri sendiri.

Masih tak ada mood nak menulis. Rasanya cukup sekadar gambar-gambar sebagai memori indah di masa akan datang. Dan hanya gambar-gambar ini sahaja yang sempat dicopy dari fail fotografer.

Majlis di pihak kami diadakan pada hari sabtu 30 Mei 2015 di Dewan Pusat Kejiranan Presint 8. Syukur kerana semua faily dapat menghadirkan diri. Tuan rumah hanya sempat bersalaman sahaja. Memang tak sempat untuk melayan dan bersembang sepenuhnya. 

Pengantin yang suka melukiskan jari-jemari.

Gambar selepas selesai majlis .


Masih di atas pelamin dari Eyka Bridal, Bandar Baru Bangi. 
Dari segi komitmen, memang sangat berpuas hati  dengan mereka tapi perhiasannya biasa-biasa sahaja.

Mengabadikan kenangan bersama yang tersayang.

Kami

Mak sedara dan dua budak comel. Nadia dan Hanani.
Baju seragam ipar duai yang dikongsi sponser oleh kang dan Awang. 

Taman Saujana. Dekat jer dengan rumah.

Foto ni juga dari juru kemera. Emak pengantin tak sempat nak pegang hp untuk ambil gambar.

Thursday, November 26, 2015

RASA NAK DAKAP SELAMANYA

Iman Delfina. 
Sudah 6 hari dipinjamkan sebab neneknya bercuti ke UK. Wahhh...hebatnya dapat makan angin macam tu. Emaknya pula ada kerja urgent menggantikan bosnya ke Kota Baharu, Kelantan. Nasib baik le atoknya tak ada kerja luar daerah sepanjang tempoh tersebut. Dapat le tolong uruskan budak yang comel yang bijak ni. 

Malam tadi Iman dah balik Pajam. Atok dan neneknya pula rindu nak jumpa cucu. Kang dah mula membebel.... sunyinya takde iman. Nanti lain kali Iman datang lagi ye atok...hihi.

Laju jer buka youtube....haishh. Macam mana nak hentikan ni.

Lepas maghrib, temankan atok mengaji. Siap nak pakai ketayap atok.


Masih tidur dalam buian. Nyenyak.

Kelaparan sebab pusing sana sini cari Tobot. 
Lunch di kedai mamak Salam, Presint 11.