Friday, November 27, 2015

RIUH RENDAH MAJLIS KAMI

Sudah hampir penghujung tahun. Patut dah tutup buku ni sebab nak kena audit. Huhu... saja melawak dengan diri sendiri.

Masih tak ada mood nak menulis. Rasanya cukup sekadar gambar-gambar sebagai memori indah di masa akan datang. Dan hanya gambar-gambar ini sahaja yang sempat dicopy dari fail fotografer.

Majlis di pihak kami diadakan pada hari sabtu 30 Mei 2015 di Dewan Pusat Kejiranan Presint 8. Syukur kerana semua faily dapat menghadirkan diri. Tuan rumah hanya sempat bersalaman sahaja. Memang tak sempat untuk melayan dan bersembang sepenuhnya. 

Pengantin yang suka melukiskan jari-jemari.

Gambar selepas selesai majlis .


Masih di atas pelamin dari Eyka Bridal, Bandar Baru Bangi. 
Dari segi komitmen, memang sangat berpuas hati  dengan mereka tapi perhiasannya biasa-biasa sahaja.

Mengabadikan kenangan bersama yang tersayang.

Kami

Mak sedara dan dua budak comel. Nadia dan Hanani.
Baju seragam ipar duai yang dikongsi sponser oleh kang dan Awang. 

Taman Saujana. Dekat jer dengan rumah.

Foto ni juga dari juru kemera. Emak pengantin tak sempat nak pegang hp untuk ambil gambar.

No comments: