Friday, February 13, 2009

LETIHNYE

Sejak berlaku peralihan politik ini, beberapa jalan utama ditutup. Malangnya salah satu jalan utama yang ditutup ialah Jln. Raja Permaisuri Bainun iaitu jalan utama untuk TT balik. Lantas terpaksalah memusing jauh.... pusing.... pusing dan pusing lagi. Semua jalan jem. Penatnya....sampai bilakah akan berakhir?
*******%%%%%%*******
Di pejabat pula..... letih dengan budaya dan suasana kerjanya. Kerja kena buat tapi kemudahan asas amatlah terbatas. Telefon pun terpaksa berkongsi. Komputer hanya ada sebuah iaitu di meja typist. Terpaksa berebut dan berkongsi. Internet teramatlah lembap. Nak hantar email pun terpaksa berurusan dari rumah.
Hal-hal lain, lagilah sedih. Duit..... pantang lepa atau ditinggalkan... alamat lesap.
Ya Allah.... ampunilah dosaku.... amin

Monday, February 9, 2009

OH...TANAH AIR KU....

9 FEBRUARI 2009 (Isnin)

Pagi ini TT berjoging di Padang Polo dengan Kang. Lepas joging, sarapan di Medan Makan Dato' Sagor. Tempat ini TT selalu sarapan dan lunch kerana bersebelahan dengan pejabat TT. Biasanya TT pergi gerai ni berjalan kaki saje. Sebab dah biasa dengan masakannya dan dah tau mana satu gerai yang sesuai, tak ada masalah untuk memilih menu di sini. Semuanya memenuhi selera TT.

Roti telur dan sup tu, Kang yang order. TT makan mee kicap + limau ais. Sedapnyer.....

======&&&&&&&=========

Sebab Kang dah janji nak jalan-jalan petang nih, kami berdua jalan-jalan tanpa tujuan. Dalam kereta baru buat keputusan untuk melawat seorang guru di sekolah Kang yang sakit di Simpang Pulai. Tapi....oppppssss..... Tiba-tiba jalan jem. Memang sesak sangat. Kereta penuh di kiri dan kanan jalan di Cangkat Larang, Lahat. Nak berpatah balik dah tak boleh. Terpaksalah teruskan juga berjalanan. Akhirnya TT singgah di Ria Moda Textile. Sempat terbeli 2 pasang baju...he...he.... Dua orang tu jangan jeles, key.....

Nasib baik le ada kawalan dari RELA dan Polis. Kalau tak, tak tahulah bila boleh sampai rumah.
Ini berita yang dipetik dari Berita Harian Online:-
Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum yang meninggal dunia dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Batu Gajah untuk dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh dekat Ipoh, hari ini.
6 FEBRUARI 2009 (Jumaat)
Berita yang dipetik dari Berita Harian Online...

Zambry MB Perak
Oleh Khirul Bahri Basaruddin dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

IPOH: Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Perak dan tiga Adun yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas, semalam membuat perakuan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan menyokong BN bagi membentuk kerajaan negeri yang baru dan sesiapa saja dipilih sebagai Menteri Besar.

Monday, February 2, 2009

WASIAT IMAM SYAFIE

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.

"PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGINERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.