Wednesday, April 15, 2009

HIJRAH DAN PERMULAAN PERJALANAN...?

Berada di pejabat ini adalah suatu yang sukar dinyata. Yang pasti, segalanya bagitu kosong dan tidak bermakna. Hari-hari yang datang, tidak membawa khabar gembira mahupun perubahan yang positif.
Lantas, oleh kerana tidak terduga dengan suasana di sini, TT memohon untuk tukar department... bolehlah dikatakan sebagai satu anjakan paradigma dalam kehidupan yang sudah menjelang senja ini. Mudah-mudahan Allah lapangkan dan permudahkan segalanya untuk TT sekeluarga. Disaat ini, hanya pada MU restu dipohon....amin.
Itulah mulanya perjalanan yang harus ditempuh mulai 16 April 2009. Hari ini, seawal pagi TT baru nak berkemas untuk bergerak ke Putrajaya.
Namun hari pun tahu betapa lara dan basahnya hati ini. Dari pagi lagi, hujan turun mencurah-curah tapi TT harus juga memulakan perjalanan.
Kita merancang dan pastinya Allah menentukan segalanya. Dalam perjalanan dilebuhraya (selepas exit Gopeng), TT terima panggilan dari pegawai di Jabatan T****a M*****a yang memaklumkan TT boleh menangguhkan untuk memulakan tugas mulai 4 Mei 2009. Alhamdulillah.
Lantas TT pun membatalkan perjalanan, keluar tol Tapah dan membatalkan semua temujanji yang bersangkutan. Terima kasih semua atas segala pertolongan yang dihulur. Moga Allah membalas segala yang baik itu.
TT tiba di pejabat lebihkurang jam 11.20 pagi dan terus fakskan surat untuk menangguhkan pertukaran.
Moga segalanya dapat berjalan lancar kelak.

No comments: