Friday, October 30, 2009

MEMBERSIH DIRI

“ Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya, dan sesungguhnya celakalah orang yang mengotorkan dirinya ” (As Syam 9, 10)

Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang membersihkan dirinya (Membersihkn diri yang di dalam) akan berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau mengotorkan diri akan di tetapkan oleh Allah dengan takdir keburukkan. Kerana itulah manusia wajib mengenal dirinya supaya mereka memahami diri manakah yang perlu di bersihkan, apabila diri sudah bersih maka Allah akan memelihara kita dari takdir yang kita benci mengikut pandangan Allah swt jika kita kotorkan diri kita maka Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang kotor.

Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya, kerana tidak mendapat hidayat daripada Allah ” (Al Qashas 50)


Gambar ini tidak ada kaitan dengan entri di atas. Sekadar ingatan untuk anak-anak saudara yang sentiasa ceria di majlis tahlil di Sg.Manik - Syikin, Ili, Aqilah dan Wani.

Monday, October 26, 2009

DEMI JIWA

Sebagai mengingatkan diri sendiri yang sentiasa kurang ilmu, petikan ini diambil dari blog yang dilawati. Maaf.....

Allah SWT telah berfirman dalam Surah As -Syams ayat 7 hingga 10 yang terjemahannya seperti dibawah ini:-
"Demi jiwa (nafsu) serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (nafsu) itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (nafsu) itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".

Ibadat-ibadat wajib dan sunat adalah makanan kepada rohani. Sekiranya kita melaksanakan amal-amal ini dengan sempurna, maka sihatlah rohani kerana hampirnya diri kita dengan Allah SWT. Namun, seperti tubuh badan, rohani kita juga perlukan kesucian dan kebersihan. Bagi membersihkan rohani perlu kita mengikut peraturan yang betul dengan sifat perilakunya.Nafsu manusia asasnya ada 3 iaitu:-
1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawawamah
3. Nafsu Mutmainnah

Nafsu yang pertama dan kedua perlu dibersihkan dari jiwa manusia dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nafsu ammarah adalah sejahat-jahat nafsu. Seperti firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 53 :-

"Dan daku tidaklah dapat membersihkan (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"

Tuesday, October 20, 2009

RENUNGAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

ADAB UZ-ZIFAFAHMAD telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”Baginda menjawab :“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab :“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

Friday, October 9, 2009

AIDILFTRI 2009

20 SEPTEMBER 2009 (Ahad)

Untuk kali seterusnya, Aidilfitri disambut serba sederhana di rumah sendiri. Hanya kang tercinta dan putera-puteri tersayang yang ada disisi. Alhamdulillah kerana kami dapat berkumpull bersama lagi.

Masih sempat memohon ampun dan maaf dari satu-satunya insan tercinta yang masih bertahta di hati yang kerdil ini. Dear, moga ini bukan Aidilfitri terakhir kita bersama.

Putera dan puteri yang menjadi penyeri.
21 SEPTEMBER 2009 ( Isnin)
Malam ini ada majlis tahlil di rumah kang di kampung. Semua adik-beradik kang ada berkumpul. Selesai solat dan majlis tahlil, masing-masing menjamu selera...

Selesai Kang bersalaman dan bermaafan dengan seisi keluarga.
23 September 2009 (Rabu)
'' SELAMAT HARI JADI" untuk diri sendiri..
Moga usia ini terus diberkati Allah dan menuju ke jalan yang diredhainya..