Monday, December 28, 2009

MAHLIGAI CINTA

Kulawan kata hati supaya jangan menangis;
"Hey perempuan; lihatlah dengan mata sendiri. Dengarlah dengan telinga sendiri...
Suami kamu telah mendustai kamu. Dia menipu kamu.
Dia menjadikan kamu bagaikan mak andeh..."
"Kalau dia boleh berdusta pada kamu,
apakah kamu mahu tengok sahaja?
Jangan butakan mata kamu. Jangan tulikan telinga kamu.
Bertindaklah mulai hari ini..."
"Kau perempuan baik, tapi disebabkan
terlalu baik kau menjadi mangsa..."
Huh... aku tak sanggup berlawan dengan kata hati
Aku hebat?
Jika aku hebat aku tak akan
tertewas malu hingga begini .
Jika aku hebat, aku tak akan ditipu suami sendiri!
"Ya kamu hebat tetapi suami kamu lebih hebat. Dia terlebih hebat!".
Aku akan tewas.
"Iya, ikut hati mati.
Tapi aku belum mahu mati.
"Betul. Bangkitlah untuk terus berlari.
Jangan tunggu, jangan biarkan masa merosakkan kamu."

Meminjam kata-kata dari Novel "Mahligai Cinta"-SERI DIAH

Saturday, December 26, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN MUNIRAH

Jumaat lepas TT, Kang dan puteri 11 balik ke Ipoh. Seperti biasa pada musim perayaan, lebuhraya amat sesak.
Hari ini pula, awal pagi TT sekeluarga ke rumah Kak Mun di Tanjung Tualang untuk menghadiri majlis walimatul-urus Nur Munirah dan pasangannya.
Semoga bahagia dan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.
Foto di bawah merakamkan kenangan Puteri 11 dengan sepupunya.


Wednesday, December 23, 2009

MENCARI DIRI???

Cuba belajar untuk cari bahagia sendiri.
Bahagia yang benar-benar bahagia.
Bahagia yang tidak bersandarkan pada siapa-siapa.
Jangan jadikan orang lain itu sebagai syarat untuk bahagia.
Tak berbaloi hidup kalau nak menderita hanya kerana seorang manusia yang tidak tahu menilai harga orang lain.
Belajar lah untuk bahagia.
Belajar lah untuk tidak bergantung pada orang lain untuk bahagia.
Kenapa nak bazirkan masa dengan meratap dan menangis.
Syarat bahagia adalah kita.
Kita sendiri…
Hati kita…..
Pegangan kita……
Prinsip kita……
Penilaian kita……..
Iman kita……..
Tuhan kita.

Tuesday, December 22, 2009

JANGAN...JANGAN.....DAN JANGAN-JANGAN..?

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Nota: artikel ini dipetik dari iLuvislam.com

Monday, December 21, 2009

INGIN TERBANG..


Aku selalu ingin terbang meski tidak pernah punya sayap Tapi aku tetap ingin terbang merempuh awan,menembus hujan dan ingin jauh meninggalkan langit kelam. Aku tetap ingin terbang dan terus bermimpi untuk terbang,mencari syurga di mata,di jiwa,di dunia,di mana-mana sampai jumpa

Wednesday, December 16, 2009

KENAPA......

Semalam TT sekeluarga bergerak balik ke PUJ.
Yang nak dikisahkan bukanlah mengenai perjalanan tersebut tapi kisah seseorang yang tidak diundang telah menelefon TT lewat petangnya.
Dengan isak tangis, seseorang itu minta TT ke PPD Kinta, Ipoh untuk menarik balik segalanya.... katanya untuk masa depannya.
Memang TT amat musykil. Apakah jenis manusia ini. TT tak pernahpun mengganggu kehidupannya...tak pernah ingin kenal dengannya.... dan jika Allah izinkan, TT tak ingin pun untuk berjumpa dengannya disaat ini.
Kau tahu jawapannya.... jawablah sendiri dan jangan angkuh dengan kehidupanmu.
Aku ini hanyalah insan yang lemah...
yang telah dirampas haknya,
yang telah dicalar dan dimusahkan hatinya.
Tak ada apa yang bersisa kini.
Tak ada apa yang berbaki kini.
Ya Allah... aku pasrah dengan dugaanmu kini.
Ampunilah hamba Mu ini
Aku insan yang lemah.
Aku tewas, Ya Allah

Thursday, December 10, 2009

HADIAH PADA DIRI

Sabtu lepas TT, kang dan dua puteri pegi jalan-jalan ke KL. Sempat juga singgah di Jom Heboh, Bukit Jalil. Sempat juga menghabiskan RM.
Selepasnya TT ke SOGO. Pusing-pusing hingga melalut sampai jam 5.00 petang....hish. Memanglah melekakan dan akhirnya TT telah terjatuh hati pada BONIA ini. Cantiknya...... Kang pula beli baju kemeja dan seluar.
Sampai PUJ jam 8.30 malam.... bestnye.....

Thursday, December 3, 2009

KE LEMBAGA PEPERIKSAAN

Dear diary, akhirnya Kang melaporkan diri di LP,KPM mulai 1 Disember 2009. Entahlah, susah untuk diceritakan hati ini. Adakah Kang boleh bertahan di pejabat barunya itu atau....... Yang pastinya, cerita yang dibawa bukanlah baik semuanya.
Ada saja yang tak kenanya. Terbalik pula keadaannya dimana TT senak perut memikirkannya. Bermula dari tak reti nak pergi pejabat hinggalah bab tak ada extra income pun, dibebelkan.
Dear diary, tahu tak betapa susah untuk TT nyatatkan satu persatu bisikan hati ini. Haruskah disimpan semuanya?