Saturday, October 15, 2011

CARI BARANG LAGI

Memang memeningkan kepala untuk menyediakan persiapan majlis. Walaupun masih jauh lagi, beberapa perkara perlu diberi keutamaan. Mungkin di pihak lelaki, kurang sedikit bebanannya.
Minggu lepas kami ke Nilai 3 untuk mendapatkan bekas hantaran. Disebabkan permintaan dari tuan badan yang mahukan hiasan bunga hidup, tak banyak yang perlu dibeli. Macamana agaknya nak buat nanti hiasan bunga tu. Harap-harap ada yang hendak membantu. 

Sabtu ini pula, destinasi seterusnya ialah Jakel dan Wisma Yakin, KL. Sebenarnya kami tak arif sangat dengan tempat-tempat yang patut dituju untuk membeli keperluan tersebut. Sebab itu, harga terpaksa diketepikan. 
Oleh kerana kain baju melayu yang dicari tidak berapa sesuai di Jakel, dari KL kami terus ke Alamanda. Macam tak ada tempat lain,kan?. Sebenarnya minggu lepas kami telah servey di beberapa kedai termasuk di SACC, Seksyen 7, Plaza Masalam dan juga Alamanda tapi kain yang di Biwanis tetap menjadi pujaan. Makanya  sehingga hari ini, selesai sudah persiapan untuk barang-barfang hantaran. Alhamdulillah. 
Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Setibanya di Alamanda, kami ke Nando's. Cokelat panas ni memang sangat memberi tenaga.

 Menu untuk lunch hari ini.


Sebelum balik, beli icecream mango...sedap. 
Makan dalam kereta.

No comments: