I Ogos 2010 (Ahad)Inilah hari pertama sebagai pesara dan sudah pun punya Kad Pesara.
Rasa macam odd je sebab tak rasa macam pesara pun. Alhamdulillah kerana ALLAH telah berikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Moga di hari-hari mendatang, akan terus perolehi kebahagiaan.
Perasaan : yang pastinya tenang kerana tak perlu nak fikirkan pelbagai bebanan untuk ke pejabat dan juga bebanan kerja. Tak perlu lagi nak berkejar untuk parking kereta atau menempuh kesesakan walaupun jarak dari rumah ke pejabat hanyalah 7 km sahaja.
Kerja : Adakah semua kerja telah diselesaikan. Pastinya tidak kerana beberapa hari terakhir itu, amatlah sebuk. Macam2 bebanan yang harus ditangani. Ohh... ingin dipadamkan segalanya itu dari kotak fikiran ini. Aku ingin menjadi orang biasa..seadanya.
30 Julai 2010 (Jumaat)Hari terakhir di pejabat. Macam tak cukup masa jer....
Jam 8.30 pagi ada majlis bacaan yassin, tahlil dan jamuan perpisahan untuk TT dan En.Azim, PTD Unit Kewangan yang bertukar ke KSM. Saat yang amat menyedihkan.
Selepas itu, ke Hospital KPJ, Kajang un tuk melawat Tim.KP yang warded.
Akhirnya sempat juga menyediakan Nota Serah Tugas......amin
Hari ini TT balik lewat tapi sempat juga bergambar semasa punch card terakhir.