Saturday, August 21, 2010

SYUKUR

Syukur alhamdulillah kerana semua urusan persaraan TT telah selesai dan sempurna. JPA Pencen memang sangat cekap dalam melaksanakan tugasnya Terima kasih banyak2 kepada semua staf yang menguruskan urusan persaraan TT walaupun dokumen yang dihantar kurang dari 4 bulan.
Minggu lepas TT dah dapat semua wang ganjaran dan faedah gantian cuti rehat sebanyak 105 hari. Hari ini pula, setelah disemak melalui Maybank2u, bayaran pencen bulanan telah dikreditkan ke akaun TT. Syukur kerana Allah telah permudahkan segalanya.
Mengenai wang yang diperolehi, buat masa ini TT masih belum ada perancangan tapi yang pastinya telah disimpan dalam TH dan juga ASB. Sedikit telah TT hulurkan kepada yang memerlukan. Untuk diri sendiri, belum fikir lagi sebab dari segi pakaian, masih banyak lagi baju dan tudung yang baru dibeli. Tahun ini sahaja, TT dah beli 2 beg tangan iaitu Bonia dan VR.
Harap-harap kehidupan TT dimasa akan datang dipermudahkan dan dilapanglah oleh Allah....dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan rumahtangga, anak yang soleh/solehah dan juga kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.

No comments: