Tuesday, September 28, 2010

MAKAN-MAKAN

Tarikh: 26 September 2010 (ahad)
Masa : 4.00 petang hingga 10.00 malam
Hari ini untuk kali keduanya TT buat jamuan rumah terbuka.
Mula-mula tu, buat di Ipoh. Jemput adik beradik , kawan-kawan dan juga kawan anak-anak yang stay di Ipoh.
Untuk kali ini pula, open house yang dibuat adalah atas permintaan anak-anak juga. Juadah yang sempat disediakan ialah lemang (beli di Shah Alam), nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, mee kari, kotiaw goreng dan puding laici.
Selain teman anak-anak, jiran-jiran berdekatan pun ada yang datang. Jam 11.00 baru boleh mengemas.
Antara tetamu yang hadir dan sempat berposing.

Thursday, September 23, 2010

SELAMAT HARI JADI

Hari ini 23 September 2010....
Malam tadi Angah dah wish di FB dan Fini pula siap buat entri di Panda Love dia. Thx dear....thx untuk anak2 ummi yang telah menyerikan hidup ini.
Hadiah pula dah dapat awal....hi..hi...thx kang.
Bagi TT pula, alhamdulillah kerana masih sihat dalam usia 53 tahun dan harus juga ingatkan diri dan dekatkan diri kepada Allah. Semoga hari-hari di masa akan datang berada dalam lingkungan kasih Allah swt dan keredhaannya....amin.

Setiap tahun ada saja pemberian tandahati dari putera dan puteri2.

Kad ucapan Affini yang diambil dari blognya. Luv u dear.

Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 2010


8 SEPTEMBER 2010 (Rabu)

Nasib baik kang dapat bercuti hari ni. So kami semua gerak ke Ipoh awal pagi bagi mengelakkan jem. Kali ni kami balik dengan Swift. Alhamdulillah sampai awal kerana perjalanan yang selesa. Tak banyak lagi kenderaan di jalan.
Sampai Ipoh, terus ke Megoplex. Banyak barang keperluan dapur yang perlu dibeli. Biasalah rumah yang telah lama ditinggal.
Hari pertama dan kedua di rumah, penat membersihkan apa yang patut. Sedih mengenangkan rumah yang terbiar begitu sahaja. Macam-macam yang rosak dan tak terjaga.


Angah yang penat memandu dan fini co-pilot.


9 SEPTEMBER 2010 (Khamis)

Awal pagi TT dan kang ke pasar membeli keperluan untuk juadah di pagi 1 syawal. Hari ini TT sibuk sepanjang hari di dapur.

10 SEPTEMBER 2010 (Jumaat)

Seperti 4 tahun yang lepas, Aidilftri tahun ini TT sambut di rumah sendiri. Selepas bermaafan dengan kang dan anak2, kami sekeluarga solat sunat aidilfitri di Masjid Kg.Melayu dan seterusnya mengunjungi rumah adik-beradik sekitar Ipoh dan Manjung. Kang pula demam balik.


11 SEPTEMBER 2010 (Sabtu)

Hari ini TT sekelurga ke Teluk Intan. Sempat menziarahi kubur bapa dan ibu mertua. Selepas itu singgah berhari raya di rumah abang Din (tuan rumah tak ada sebab beraya di rumah sedara kak yati) dan Abang Mat. Malam kami ke bendang kerana ada majlis tahlil di rumah kang. Semua adik beradik kang berkumpul kecuali kak Jah yang balik ke JB. Bagus juga dapat berjumpa dengang semua keluarga.


Beraya di rumah abang Mat. Masing2 melayan diri sebab tuan rumah sibuk baru balik.



Wednesday, September 8, 2010

YESS.....BALIK RAYA

Semalam TT , angah dan fini sempat pergi solat terawih di surau Presint 8. Masih ramai jemaah lelaki dan wanita. Alhamdulillah.
Hari ini pula kami akan balik beraya di Ipoh. Lega sebab dapat balik awal sikit. Harap jalan tak sesak untuk perjalanan hari ini. Banyak perancangan yang hendak dibuat bila di rumah nanti. Yang pastinya aktiviti utama ialah untuk membersih rumah yang telah sebulan ditinggalkan. Yang paling penting juga, harap dapat beli rendang tok yang memang sedap di Pasar Tani Medan Gopeng. Rasa tak sabar nak balik. Sangat rindu hati ini untuk bertemu dengan semua family di sana.

Rumah Anak Yatim, Taman Baiduri
Pagi kelmarin TT dan fini sempat ke Rumah Anak Yatim, Taman Baiduri, Dengkil. Puas memberi salam, tak ada yang menjawab. Nasib baik ada nombor telefon di papan tanda hadapan rumah. Oleh sebab hajat ialah untuk memberi sedikit sumbangan, TT titipkan kepada seorang pemuda yang dikatakan petugas di situ. Lega kerana dapat juga membuat sedikit jariah di Ramadan yang mulia. Amin.