Friday, January 28, 2011

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AFFINI

Hari ini genap 22 tahun usia Affini  dan sebagai anak bongsu, kami panggil dia 'adik'. Yang pastinya dia terlebih manja dengan ummi dan abahnya. Semenjak belajar di IPTI, dia dah pandai bergaya malah melebihi si kakak dan makin pandai merajuk. Walau bagaimanapun, dia mudah berkompromi  dan bila balik ke rumah, dia menjadi teman setia umminya.
Dear...Selamat Hari Lahir, 
Semoga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman,
dimudahkan semua urusan & mendapat umur yang diberkati oleh Allah SWT.
Gembira dan bahagia selalu...


Masa jalan-jalan di Pusat Kejiranan Presint 11


Beg ni boleh digunakan untuk praktikum...cute.
Dibeli di Parkson, Alamanda

Thursday, January 27, 2011

KISAH TEMAN

Semalam drive sorang2 ke rumah seorang teman di Seksyen 19, Shah Alam. Susah juga nak jumpa rumahnya tapi akhirnya sampai juga.
Hmm...terkejut juga bila lihat wajahnya yang sangat berbeza.  Rasanya baru 6 bulan tak jumpa iaitu selepas option.
Alimah kini sangat kurus. Yang lain2 tu, tak sanggup nak nyatakan. Apa yang diceritakan dulu, dia mengidap kencing manis dan HBP tapi kini rupa2nya dia diserang breast cancer. Ya Allah....hanya dalam hati sahaja dapat merasakan perasaan sedih dan simpati. Kini dia menerima rawatan di SASH.
Mudah-mudah Allah sembuhkan sakitnya....amin

Wednesday, January 19, 2011

SPA QISTINA

Semenjak ada masa untuk bersantai di waktu petang ni, teralit pula dengan SPA Qistina. Inilah satu-satunya cerita Malaysia  yang ditayangkan di saluran TV Malaysia. Yang lain-lain tu, semuanya cerita dari luar negara. Ada cerita Cina, Jepun, Korea dan yang paling banyak sekali ialah cerita dari Indon. Hampir seluruh stesyen siarkan cerita Indon.  Kalau cerita Korea tu...bolehlah layan juga tapi bab cerita Indon ni, tak berapa nak minat. Sebabnya ialah plot yang longgar dan kadang-kadang tak masuk akal. Lawak pun ada. 
Hari ini plot SQ longgar sikit. Apapun layan je lah. 


Nanu, Tizz dan Fasha. 
Kalau lihat Fasha berlakun sebagai wanita penggoda, memang kita sakit hati sunggah...hebat.

Monday, January 10, 2011

AWAL 2011

Sudah 10 hari berlalu bagi kalender tahun 2011. Blog tak dikemasakini bukan sebab sebuk tapi brOke Celcom yang buat hal…..kejap ada dan sekejap hilang. Dah update tapi tak keluar  le pulak.So, kena lah draf dulu di laptop.
Sudah 2 hari badan tak sihat…selsema dan demam…tapi sempat juga keliling kampung. Alhamdulillah Allah beri rahmatnya Cuma kadang2 Dia duga sedikit umatNya yang kadang-kadang leka dengan urusan dunia. 



Tanjung Piai


Tanjung Piai


Makan malam di Restoren Singgah Selalu, Danga Bay