Sunday, February 20, 2011

KELANG - SHAH ALAM - PUTRAJAYA

Melihat tajuk di atas, macamlah jauh sangat antara ketiga-tiga bandar ini. Namun segalanya menyimpan pelbagai kenangan lalu dan juga hari ini.

Malam Jumaat lepas sempat ke Kelang dan bermalam di sana. Sebenarnya sudah lama tidak menjejakkan kaki di bandar ini. Dahulu iaitu semasa bertugas dan menetap di Shah Alam, bandar Kelang adalah tumpuan untuk membeli keperluan dapur kerana waktu itu tidak banyak kedai-kedai yang terdapat di Shah Alam. Waktu itu juga, boleh dikatakan jalan disekitarnya sunyi.

Malam Jumaat lepas, sempat ronda sekitar pekan Kelang dan rasanya suasana sekitar tahun 80an dahulu lebih mesra dari malam ini. Esok paginya juga keluar jalan-jalan tapi tak ada apa yang menarik untuk diabadikan.

Kelang...nostalgia masa lalu yang sudah hampir padam dari ingatan. Posting di Shah Alam dan masih bujang. Tapi sayang kerana kejap saje bujangnya. Kalau waktu itu berulang kembali, ingin dilorekkan jalan kehidupan ini seindah mungkin.


Sebelum balik rumah, singgah di SACC Shah Alam.
Banana split ni tidak memenuhi citarasa. 


Semenjak pencen, luangkan sedikit masa untuk membaca. 
Selongkar novel remaja anak-anak kerana itu yang ada. 
Sejak akhir-akhir ni, ingin cuba belajar membeli buku pula dan buku Pengertian Tauhid ini adalah buku rujukan usrah.

Saturday, February 19, 2011

Kekang nafsu 'gelap'

Artikel ini diambil dari harian Metro tulisan sdra. Zaharuddin Abdul Rahman (pensyarah UIAM) sebagai pedoman dan renungan bagi yang tidak sempat membacanya disurat khabar. Terima kasih sdra.

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.
Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)


Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.
Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.
Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.
Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.
Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.
Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.
Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).
Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.
Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.
Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani. Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.


Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.
Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.
Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:
  • Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu. 
  •  Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian. 
  • Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.
  •   Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  • Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.
Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

  • Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  • Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  • Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
  • Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
  • Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat. 
  • Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Wednesday, February 16, 2011

FACEBOOK

Memangnya dunia kini makin maju dan hari ini facebook menjadi dadah kepada semua. Tua dan muda dah jadi sama sahaja tapi ramai pula yang tak berani nak menonjolkan diri. Yang tak bagusnya, gambar di halaman facebook pun, boleh dicuri dan jadikan gurauan.
Pagi ini dengar Selamat Pagi Malaysia dan topiknya berkaitan dengan gejala social seperti penipuan di facebook. Pagi-pagi buta pun ramai yang beri komen. Agaknya lepas subuh, masing-masing mengadap komputer. 
Tak ramai rakyat Malaysia (harapnya bukan orang Melayu sahaja?) yang suka beriadah dan menyedut udara segar di luar. Kalau di Ipoh, terutamanya di Padang Polo, ramai sangat orang berjogging di situ hingga kadang-kadang nak berjalan pun susah. Bukan sahaja bangsa asing tetapi masyarakat Melayu juga mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan. Berbeza sangat di Putrajaya di mana tempat untuk joggingnya sunyi dan sepi.




Tempat jogging di Taman Saujana Hijau, Presint 11  ini memang cantik dan terletak di atas bukit berhampiran rumah. Malangnya taman ini sentiasa sepi.

Monday, February 14, 2011

SAMSUNG- NOTEBOOK

Sabtu 13 Februari 2011
Bangun di pagi sabtu yang sangat jengkel dan kami ambil keputusan untuk balik ke Ipoh sahaja. Lagipun sebenarnya dah lama rumah tu tidak dijenguk. Sebelum itu, sempat sms dengan iki bagitau yang ummi dan abahnya mahu berpergian semalaman. Sebenarnya hati memang kesian pada anak2 sebab hanya dihujung minggu sahaja kami dapat bersama. Maafkan umi dan abah ye iki.
Sampai Ipoh hampir jam 12.30 tgh. Selepas membersihkan rumah, kami menjamu selera di Restoren Salem. Nasi briani kegemaran dah habis tapi merasai kuah karinya...aduh. Yang tinggal hanyalah udang dan ayam goreng. Kalaulah di Putrajaya ada makanan sesedap ini, alangkah nikmatnya.
Oleh kerana tak ada perancangan untuk ke mana-mana, TT dan kang sempat ke Yik Fong Kompleks. Hasilnya terembatlah teman baru di bawah ni. Malam ni dapatlah bermanja-manja dengannya tapi kecil sangat. Macamana ni....harap-harap jodoh lama dengan Samsung NF 310 OTEBOOK ni.


Friday, February 11, 2011

SUNYI DAN SEPI

Sejak sabtu lepas, memang sunyi dan sepi dunia tanpa internet di rumah. Bruk DG telah diwariskan kepada si kecil di IPTI.
Rabu lepas TT ke Presint 8 dan nasib baiklah mamat tu nak tolong settlekan bruk celcom ni. Sekarang dapatlah bermanja-manja dengan laptop ni.

8 Februari 2011 (selasa)
Awal pagi ke Concorde Inn, KLIA jumpa teman lama dari Ipoh yang menemankan hubbynya bermesyuarat di situ. Kami sempat jalan-jalan hingga hingga terlajak ke Nilai 1. Mahalnya kain dan baju siap yang dijual. Rasanya kalau shopping di Grenntown Mall, lagi berbaloi.  Kakak yang kerja di satu kedai tu pula, terlalu ramah. Apalah dia merepek yang bukan-bukan. Mood nak beli pun hilang. Kejap kata dia pernah jadi polis, lepas tuh jadi setiausaha kepada seorang ahli politik. Tak tanya pun.....
Bila saya kata baju yang  saya pakai beli di Parkson, siap dia cakap buat apa nak tolong bangsa asing.....isy, akak ni. Tak faham  nak layan orang macam nih.

Wednesday, February 2, 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Pagi ini buka inbox dan ........ 

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga