Monday, May 16, 2011

MACANG

Kelmarin menemani kang yang berttugas di PPD Macang, Kelantan. Kang terpaksa pergi bagi menggantikan pegawai lain yang menguzurkan diri. Sebenarnya hari Sabtu lepas, kami balik ke Teluk Intan untuk kenduri kesyukuran pertunangan Edy. Selesai di T.Intan, kami terus balik ke Ipoh dan sampai lebihkurang jam 12.00 malam. Ahad pagi bertolak ke Macang. Sebelum tu, singgah sarapan di Stadium Ipoh.
Sesampainya di Macang, hujan turun dengan lebat dan kalut mencari tempat penginapan. Kami tak biasa dengan pekan ni. Jadinya tak boleh nak cari hotel yang selesa. Yang jumpa hanyalah Hotel Azra, bersebelahan UITM Macang. Siapa yang pernah menginap di hotel ini, akan faham akan situasinya. Waktu ini pula pelajar UITM sedang bercuti pertengahan semester selama 2 minggu. Jadinya tempat makan pun susah nak jumpa. Makanya terpaksalah menjelajah bandar Macang. Akhirnya terjumpa dengan satu gerai di tepi jalan menghala ke bandar Kota Baharu. Itupun setelah diberitahu oleh tuan punya Guest House Macang. Walaupun keadaan gerainya tidak selesa tapi terisi juga perut kami malam tu.
Pagi ini, sebelum hantar kang di PPD Macang, terjumpa Gerai Kak Ani di pekan Macang. Cukuplah sebagai alas perut. Yang pastinya bagi orang2 bandar ini, gerai ini sudah cukup istimewa bagi mereka. Petang ini, kami akan ke Kota Baharu. Harap semuanya baik-baik.

Sunday, May 1, 2011

WAYANG

Setelah sekian lama kami sekeluarga tidak ke panggung sama-sama, entah macam mana semalam kang setuju untuk join. Selepas makan di Restoren Haji Sharin, Sungai Merab, kami pun terus ke Alamanda. Cerita bemula jam 9.45 malam.
Senopsis ceritanya seperti berikut:


SINOPSIS FILEM PENUNGGU ISTANA
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri

Hmmm....penatnya duduk dalam panggung sebab cerita yang lansung tidak menarik. Ini pendapat peribadi. Itulah gambaran mayarakat melayu yang suka dimomok-momok.