Tuesday, December 7, 2010

MAAL HIJRAH 1432

Hari ini bermulanya 1 Muharam 1432 yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi (Selasa). Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Bagaimana pula dengan kita insan akhir zaman ini? Godaan, halangan dan rintangannya pasti banyak. Tetapi kenapakah kita melihat segalanya dari sudut negatif. Biar sedikit tapi harus dimulakan dan yang penting sekali kita harus mulakan dari diri kita sendiri seperti komen di fb Ustaz Mohd Zawawi Yusoh:

‎'‘KALAU SAMPAH SARAP DPAN MATA KAT RUMAH KITA PUN TAK DI BERSIH, LAGI PAYAHLAH NAK BERSIHKAN SAMPAH SARAP HATI DENGKI, RIYA SUMAH DI HATI NAK DI BERSIHKAN. SLAMAT BRHIJRAH"

Hari ini juga  kami sekeluarga sempat memenuhi undangan majlis kenduri kahwin anak staf pejabat Kang di SK Presint 16(2), Putrajaya. Majlis diadakan mulai jam 3.00 petang.


 
Affini yang setia temankan ummi dan abahnya.

No comments: