Saturday, July 30, 2011

GOTONG ROYONG

Awal pagi kami bertolak ke Teluk Intan. Selepas makan mee rebus di  Mastan Ghani, kami ke kampung kang di Sungai Manik. Adik beradik kang ramai yang sudah memulakan kerja-kerja gotong-royong  bagi membersihkan rumah pusaka arwah mertua. Selepas MIL dan FIL mengninggal dunia pada tahun 2005, rumah ini dijaga oleh Shimah, adik kang. Tapi sejak sebulan yang lepas Shimah berhijrah ke Ipoh, tinggallah rumah pusaka ini terbiar bagitu sahaja tidak berpenghuni. Keadaan rumah sememangnjya sangat menyedihkan. Tidak terurus dan sangat kotor. Sedih juga melihatkan rumah yang terbiar sebagitu. Adiki beradik kang berhijrah ke bandar dan hanya sesekali menjenguk rumah sepi ini.
Malamnya pula, kami adik beradik berkumpul bagi majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk kedua-dua arwah. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.


Semalam hujan turun dengan lebat. Nasib baik tak banjir.


Yang menakutkan ialah angin yang sangat kuat. Atap zing berbunyi macam nak terbang. Menyeramkan. Nasib baik tak ada zing yang tercabut.

Laluan masuk yang semakin kecil dan tidak dijaga.

Selepas tahlil malam tadi, kebanyakan adik beradik kang balik ke rumah masing-masing. 
Tinggallah kami yang jauh.

Sepi rumah pusaka yang ditinggalkan.

Friday, July 29, 2011

BOLEH LAH

Petang semalam, selepas kang balik kerja, kami bergerak balik Ipoh. Sudah pastinya Swift menjadi teman setia. Lagipun tak banyak barang yang perlu dibawa balik. Kami sampai Ipoh jam 7.30 malam. Sebelum sampai rumah, singgah beli nasi lemak Ros di Medan Gopeng. Nasi lemak ni memang sedap. Ada pelbaga jenis lauk yang disediakan seperti rendang ayan, ayam goreng, ayam masa merah, samabl sotong, pau goreng, sambal kerang, daging masak hitam dan semestinya sambal ikan bilis.
Alhamdulillah, kerja cat rumah boleh dikatakan sempurna. Tidaklah mengecewakan seperti minggu lepas. Minggu ni kurang sikit kerja-kerja membersih yang perlu dilakukan seperti minggu lepas. Yang pentingnya, pintu belakang dah boleh dibuka dan kerja-kerja di dapur boleh diselesaikan dengan mudah. Hari ini cadang nak bersih dapur dan esok pula kami akan ke Sungai Manik untuk majlis tahlil.


Zizah yang datang berkunjung ke rumah. Gembira dapat berjumpa dengannya.

Tuesday, July 5, 2011

HADIAH UNTUK UMMI

Minggu ini, kang berpergian lagi. Kali ini destinasinya ialah Kota Kinabalu, Sabah. Seperti selalu bila kakang keluar daerah, angah akan menemani umminya. Dia akan berulang alik dari Putrajaya ke Shah Alam.
Malam ini, dia belanja umminya makan di Johnys, Alamanda.....alhamdulillah. Selesai makan, terus solat di surau aras satu. Ramainya orang yang bersolat di situ. Walau bagaimana pun semua mudah sebab masing-masing tak berlama-lama di ruang yang sangat terhad itu. 
Usai solat, terjumpa pula Iki. Dia ke kedai Levi's dan selepas itu  Iki turut menemankan ummi dan adiknya ke Parkson. Minggu lepas dia dah janji untuk belikan beg tangan untuk umminya. Pilih punya pilih, dapatlah yang berkenan dihati. Terima kasih Iki. Ummi simpan dulu beg tu. Bila nak jalan nanti, baru boleh dikeluarkan. Sebenarnya selepas option ni, tidak terniat pun untuk membeli beg tangan baru sebab beg yang ada pun masih elok dan berjenama. Kalau rosakpun hanyalah disebabkan usang disimpanan.