Saturday, July 30, 2011

GOTONG ROYONG

Awal pagi kami bertolak ke Teluk Intan. Selepas makan mee rebus di  Mastan Ghani, kami ke kampung kang di Sungai Manik. Adik beradik kang ramai yang sudah memulakan kerja-kerja gotong-royong  bagi membersihkan rumah pusaka arwah mertua. Selepas MIL dan FIL mengninggal dunia pada tahun 2005, rumah ini dijaga oleh Shimah, adik kang. Tapi sejak sebulan yang lepas Shimah berhijrah ke Ipoh, tinggallah rumah pusaka ini terbiar bagitu sahaja tidak berpenghuni. Keadaan rumah sememangnjya sangat menyedihkan. Tidak terurus dan sangat kotor. Sedih juga melihatkan rumah yang terbiar sebagitu. Adiki beradik kang berhijrah ke bandar dan hanya sesekali menjenguk rumah sepi ini.
Malamnya pula, kami adik beradik berkumpul bagi majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk kedua-dua arwah. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.


Semalam hujan turun dengan lebat. Nasib baik tak banjir.


Yang menakutkan ialah angin yang sangat kuat. Atap zing berbunyi macam nak terbang. Menyeramkan. Nasib baik tak ada zing yang tercabut.

Laluan masuk yang semakin kecil dan tidak dijaga.

Selepas tahlil malam tadi, kebanyakan adik beradik kang balik ke rumah masing-masing. 
Tinggallah kami yang jauh.

Sepi rumah pusaka yang ditinggalkan.

No comments: