Monday, October 31, 2011

CUTI REHAT DAN DEMAM LAGI

Bila usia sudah meningkat  senja, memang kudrat pun berkurangan. Itulah yang terjadi pada kang. Sudah hampir sebulan kang keluar jam 6.50 pagi dan pulang selepas jam 9.25 malam bagi unit UPSR. Kata kang result mesti keluar sebelum cuti hujung tahun. Sabtu dan ahad pun ke pejabat.
Kelmarin kang kata dia tak sihat badan dan telah ambil cuti rehat selama 5 hari. Panjangnya cuti yang dipohon.  Semalam dia macam tak boleh tidur dan suhu badannya sangat panas. Hari ini penat pujuk kang untuk ke klinik dan yang masih enggan berjumpa doktor. Itulah gayanya orang tua yang sakit. Sangat letih untuk melayan karenahnya. Mudah-mudahan kang harus ingat, Allah bagi kita sedikit dugaan untuk meningkatkan keimanan diri sendiri. Itu maknanya Allah masih sayang pada kita dan ingatlah siapa diri kita. 

Monday, October 24, 2011

SALAWAT NARIYAH


Entri ini diambil dari fb Hajah Hamidah....terima kasih kepada penulisnya dan tujuan entri ini hanyalah untuk memanjangkan ilmu yang seringkali kita abaikan. Mudah2an boleh menjadi panduan dan amalan untuk terus mengharungi gelombang kehidupan.

MAKSUDNYA;
YA ALLAH!!! LIMPAHKANLAH RAHMAT YANG SEMPURNA DAN BERIKANLAH KESEJAHTERAAN KEPADA JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW YANG MENJADI SEBAB TERLEPASNYA SESUATU YANG MASIH MENGALAMI JALAN BUNTU DAN TERBUKANYA KESEMPITAN DAN SERTA DIDATANGI SEMUA HAJAT DAN DIPEROLEH SEMUA PEMBERIAN SERTA HUSNUL KHATIMAH (SEMPURNA AKHIR HAYATNYA) DAN DITURUNKAN SIRAMAN MENDUNG HUJAN LANTARAN KEAGUNGAN BAGINDA. (DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN SALAM) KEPADA KELUARGA BAGINDA DAN SAHABAT DI DALAM SETIAP KERLIPAN MATA DAN NAFAS DENGAN BILANGAN SEMUA YANG DIKETAHUI OLEH-MU, WAHAI ZAT YANG MENGUASAI SELURUH ALAM.
Salawat Nariyah disebut juga sebagai salawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Salawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya ia mengamalkan salawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka salawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH SWT akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Sunday, October 23, 2011

BERLIMA LAGI

Gembiranya hati bila semua anak-anak balik dan dapat berkumpul sama-sama. Semalam ambil si kecil yang baru sampai dari JB di Putrajaya Central. Sekali lagi dapat bersama-sama. Iki pun balik awal dari BBB. Hari ini angah pula balik dari Putra Height. Disebabkan dah lama tak makan-makan, akhirnya destinasi yang dituju ialah Restoren Chakri Ekspres, Alamanda.

 Ikan masak 3 rasa yang pedas.

 Sambal udang dan petai. Sedap.

 Kerabu mangga dan epal....sedap tapi pedas sangat.

Ini pula ice-cream mangga di The Cream & Fudge . Tak habis makan sebab kekenyangan. 

Saturday, October 22, 2011

ENAM PERKARA

Seperti hari-hari biasa, bangun awal pagi. Merenung luar jendela di pagi yang tenang dan damai. Mungkin penghuni lain sedang lena tidur. Hari ini Sabtu dan rata-rata mereka  berehat di rumah. 
Pagi ini kang tidak ke ofis. Katanya nak tunggu si kecil balik dari JB. Seperti biasa selesai solat subuh tadi, kang teruskan lenanya.
Dalam masa yang terluang ini, sempat buka fb dan entri ini boleh dijadikan panduan dan ingatan untuk semua. Walaupun amat besar dosanya, masih ramai lagi orang-orang melayu yang terus hanyut dengan zina. Mana dosa zina yang perlu digalas, ditambah pula dengan besarnya dosa menggugurkan kandungan dan juga  pembuangan bayi. Pembunuhan kejam di kalangan umat Islam di negara ini.

Rasulullah telah mengingatkan:
” Hai kaum muslimin, jauhilah perbuatan zina. Sebab di dalamnya terdapat enam (6) perkara, yang tiga diberikan di dunia dan tiga lainnya diberikan di akhirat.

Tiga perkara yang diberikan di dunia:-

1. Hilangnya kewibawaan dari wajahnya.
2. Berkurangnya barakah umur.
3. Dilanda kefakiran yang terus menerus.

Sedangkan tiga (3) perkara yang diberikan di akhirat:



1. Mendapat kemurkaan Allah, 
2. Dihisab dengan berat, dan
3. Mendapat seksa neraka. “

Saturday, October 15, 2011

CARI BARANG LAGI

Memang memeningkan kepala untuk menyediakan persiapan majlis. Walaupun masih jauh lagi, beberapa perkara perlu diberi keutamaan. Mungkin di pihak lelaki, kurang sedikit bebanannya.
Minggu lepas kami ke Nilai 3 untuk mendapatkan bekas hantaran. Disebabkan permintaan dari tuan badan yang mahukan hiasan bunga hidup, tak banyak yang perlu dibeli. Macamana agaknya nak buat nanti hiasan bunga tu. Harap-harap ada yang hendak membantu. 

Sabtu ini pula, destinasi seterusnya ialah Jakel dan Wisma Yakin, KL. Sebenarnya kami tak arif sangat dengan tempat-tempat yang patut dituju untuk membeli keperluan tersebut. Sebab itu, harga terpaksa diketepikan. 
Oleh kerana kain baju melayu yang dicari tidak berapa sesuai di Jakel, dari KL kami terus ke Alamanda. Macam tak ada tempat lain,kan?. Sebenarnya minggu lepas kami telah servey di beberapa kedai termasuk di SACC, Seksyen 7, Plaza Masalam dan juga Alamanda tapi kain yang di Biwanis tetap menjadi pujaan. Makanya  sehingga hari ini, selesai sudah persiapan untuk barang-barfang hantaran. Alhamdulillah. 
Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Setibanya di Alamanda, kami ke Nando's. Cokelat panas ni memang sangat memberi tenaga.

 Menu untuk lunch hari ini.


Sebelum balik, beli icecream mango...sedap. 
Makan dalam kereta.

Thursday, October 13, 2011

KHASIAT EPAL HIJAU


Diambil dari Majalah Saji.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Wednesday, October 12, 2011

DOA IBU

Setelah sekian lama meninggalkan aktiviti riadah, pagi ini hati terasa lapang untuk berjogging balik tapi cepat terasa penatnya. Tambah pula bersendirian. Memang cepat letih dan jemu. Walau bagaimanapun, badan terasa sihat dan fikiran pun damai.


Pagi ini, buka fb dan terlihat nota ini. 

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
"Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang"... jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
1.  Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2.  Membaca quran sehingga menitis air mata.
3.  Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
1.  Anak.
2.  Ibu.
3.  Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka suami ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya.Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.

Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
 

Tambahan: Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

Monday, October 10, 2011

PERJALANAN MENUJU AKHIRAT

"perjalanan menuju Akhirat" ini dipinjam dari fb Maz (penulis asal :Akhi Akmal)

Perjalanan menuju ke akhirat amat jauh..tentunya memerlukan bekalan yang banyak untuk sampai ke sana..juga untuk menikmati kehidupan selepas mati..memerlukan bekalan yang secukupnya.

Ketahuilah..sesungguhnya mati adalah kiamat kecil untuk manusia..sekiranya baik amalan semasa hidup di dunia dulu..maka kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan sebuah
taman dari taman2 syurga..bagi yang buruk amalanya..maka Allah sempitkan kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya dan salah satu dari lubang2 api neraka.

Allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja..dikatakan dalam kitab2..ular ini panjang taringya ialah sehari perjalanan.. dan sekali disengat / dipalu..hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta..ya Allah,aku berlindung dengan Allah dari azabMu..

Dan tiga siksa di dalam kubur; 


1-  Dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang rusuk kiri dan kanannya saling bersilangan


2- Dinyalakan api di dalam kuburnya, dan ia diguling-gulingkan di dalam api itu siang dan malam,


3-Allah memasukan ular berbisa bernama Syuja`ul-Aqra` ke dalam kuburnya, yang kedua matanya memancarkan api, dan kukunya dari besi yang panjang, setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya dengan suara seperti halilintar yang menyambar, `Aku adalah Syuja`ul-Aqra. Tuhanku telah menyuruhku agar memukulmu kerana kamu telah :-

-melalaikan solat Subuh hingga terbit matahari
-melalaikan solat Zohor hingga Asar
-melalaikan solat Asar hingga Maghrib
-melalaikan solat Maghrib hingga Isyak
-melalaikan solat Isyak hingga Subuh

`Setiap pukulan akan membenamkannya ketanah sedalam tujuh puluh hasta, ia terus disiksa seperti ini dalam kuburnya sampai hari kiamat.Semoga Allah menjauhkan kita dari azab
kubur..

Wednesday, October 5, 2011

Sunday, October 2, 2011

HATI YANG BERBUNGA

Bila ada taman di hati, sangat payah untuk ditafsir. 
Sukar juga  untuk di jelaskan dengan kata-kata. 
Hati berkata....kalaulah...kalaulah...... 
Kisah kelmarin telah jauh berlalu tapi salahkah sesekali untuk melayan rindu di hati. 
Jangan dilayan rasa hati ini. 
Bukankah telah lama tersimpan dan telah dibuang jauh-jauh.  
Sesekali....beratnya dada ini .

Saturday, October 1, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Petang Sabtu ni, memang sangat melalaikan. Tambah pula bila dah pekena char kotiaw bersama kang di Warisan tengahari tadi. Bila buka facebook, terbaca entri dari Nazira;



RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.