Friday, September 28, 2012

SABARLAH APABILA ALLAH MEMBERI UJIAN KEPADA KITA

Saat ini fikiran memang sangat terganggu. Bila mental terganggu, badan pun turut rasa sangat letih walau untuk membancuh secawan teh pun macam terpaksa dibuat. Tabahlah wahai hati.
Malam tadi, lemah rasa hati bila lihat angah berjalan dengan longlai di pintu 5, KLIA. Sememang tak ingat apa dah masa tu. Sampai rumah telah melewati jam 12.00am.

"ummi, angah nak terus balik SA sebab...."
"biar ummi ikut sama..."

Abahnya suruh ummi ikut juga tapi akhirnya tak jadi ikut sama. Semalaman memang tak boleh tidur dan pagi ini terus ke KPJ Shah Alam.
Mudah-mudahan angah sihat dan dilindungi Allah. Hanya itu doa dan harapan seorang ibu. Kalau nak bercerita mengenai hati sendiri, hanya Allah yang maha mengetahui tapi kesedihan ini harus disimpan. Takut nanti angah dan Azam sangat kecewa. Abah pula asyik membebel....hmmm.

Monday, September 24, 2012

BILA USIA BERTAMBAH



23 September 2012 (Ahad)
Semalam bertambah lagi usia. Alhamdullillah kerana masih sihat dan mampu menguruskan diri sendiri. Syukur kerana sangat besar nikmat yang Allah berikan ini. Janganlah pula bila badan sihat dan ada sedikit wang, kita angkuh dan terus lalai dan leka dengan menikmati syurga dunia.  
Disebabkan dah janji dengan Iki untuk masakkan lunch, awal pagi dah ke pasar di Presint 8 dan jam 11.00 pagi terus ke Taman Seri Pajam. Biasalah bila orang masuk rumah baru, semuanya tak tersusun lagi. Kesian juga melihatkannya tapi biarlah dia belajar berdikari sendiri. Harap-harap mereka suami isteri akan dapat menguruskan rumahtangga yang dibena dari semua aspek. Sebenarnya tidak ramai penghuni yang sudah berpindah masuk dan suasana memang agak sunyi dan sangat tenang. 
Petangnya pula dah janji dengan kang untuk ke Mines tapi akhirnya kami terlajak ke SACC dan Kompleks PKNS Shah Alam pula. Seperti biasa kalau ke SACC, harus singgah menjamu selera di Noodles House tapi hari ni, makanan memang tidak berapa menyelerakan. Cukup sekadar untuk alas parut. 


Ini pula di ambil dari blog icecream n cola. Thank you dear. Luv u too.