"Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali"....Al Fatihah
Selesai solat subuh, kami sekeluarga bertolak ke Tanjung Malim. Perjalanan yang dekat itu terasa sangat jauh. Pada masa itu fikiran masih tidak dapat menerima pemergiannya. Bagaimanakah keadaan anak-anaknya yang masih perlukan seorang ibu untuk bermanja dan bergantung harap. Bagaimana pula dengan Johari.
Dua minggu lepas arwah dimasukkan ke hospital. Peringkat awal, doktor tidak dapat mengesan apakah penyakitnya hinggalah pada Ahad lepas, doktor mengesahkan Su mengidap kanser paru-paru tahap empat. Hari yang sama juga keadaannya sudah sangat kritikal hingga sukar bernafas. Memang hati sangat terkilan kerana tidak sempat untuk menziarah arwah buat saat akhirnya. Kang kata kita singgah jer masa nak balik Ipoh pada hari Selasanya.
Semuanya ketentuan Allah dan kini hanya dapat melihat jasad yang sudah terbujur kaku. Sepanjang pagi yang hujan. Hanya doa mengiringi pemergiannya. Semoga ruhnya dirahmati ALLAH SWT, ampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amin.
Usai di Tanjung Malim, kami terus balik ke Ipoh. Perancangan esok akan ke Changlun dan Merbuk. Harap perjalanan itu direstui Allah dan selamat pergi dan balik.
2 comments:
membaca entri ini buat IM rasa bersyukur kerana berpeluang hidup hingga ke usia ini.
namun sebenarnya, tuhan sayang pada dia...
p/s: harap dapat buat perenggan pada setiap penulisan supaya lebih mudah dibaca dan senang memahaminya.
nasihat 10 sen!
Ya...kita harus sentiasa bersyukur.
p/s: Terima kasih atas komen tuan IM. In sya Allah akan saya perbetulkan dan lebih berhati2 di entri yg akan datang. Selalunya saya ni macam ambil mudah tatabahasa dan penulisan...tapi saya tak dapat nak bagi 10 sen itu... hihi
Post a Comment