Sunday, December 9, 2012

MERIAHNYA MAJLIS PERKAHWINAN IYLIA HAIDAR

Majlis pernikahan Ya di Masjid Kg.Melayu, Ipoh. 
Pengantin lelaki ialah orang Perlis dan wartawan sukan di TV9.

Affini yang temankan ummi dan abahnya.
Sempat berposing....hihi

Aktiviti petang Sabtu. Nasib baik ada Kak Intan yang sama-sama membantu tuan rumah. 
Lepas ni kena rewang di majlis kak Intan pula.
Anak-anaknya seorang doktor dan seorang peguam . 
Masa kecil dahulu adalah teman sepermain Iki, Nani dan Fini.


Ini pula bunga telur yang akan diberikan kepada tetamu. 
Bunga telur yang pelbagai warna dicucuk pada batang pisang setinggai 5 kaki yang ditegakkan. 
Pertama kali buat dan pertama kali lihat. 
Katanya ini budaya orang Kedah. Emak pengantin perempuan berasal dari Kulim, Kedah.

Salah satu goodies untuk tetamu.

Disebabkan Iylia adalah anak tunggal, pelbagai bentuk dan jenis goodies disediakan. 

Friday, December 7, 2012

MENYUSURI JALAN KENANGAN

Tajuk macam sentimental sangat. Sebenarnya itulah mood orang tua yang dapat balik kampung sendiri. Sayang pada rumah yang ditinggalkan. Sedih melihat rumah yang ditinggalkan. Kali ini kami balik bertiga lagi. Memang sangat berseri sebab ada yang hendak dimanja dan bermanja. Minggu ini juga adalah minggu ketiga kami berulang-alik dari Ipoh ke Putrajaya. Dan sebab utamanya ialah bagi memenuhi udangan perkawinan anak jiran sebelah rumah pada hari ahad yang akan datang. 

Perjalanan kali ini, kang kata kita ikut Kuala Selangor. Dah lama tidak melalui jalan yang berliku dan sibuk itu. Teringat pula masa awal tahun 80an. Waktu itu kami tinggal di Seksyen 8, Shah Alam. Apabila balik kampung, selalunya kami melalui jalan ini untuk ke Sungai Manik, Teluk Intan. Pastinya rumah mertua yang dituju terlebih dahulu. 

Seperti biasa, destinasi utama yang harus dituju ialah mee rebus Mastan Ghani...hihi. Istimewanya ialah kuah mee rebus yang dicampur dengan kuah rojak. Terasa manis kuah rojak yang sedap itu.  Sempat juga kami singgah rumah abang Mat. 


Doa kami di pusara mertua di Teluk Intan. 


Home sweet home.