Monday, January 28, 2013

HARI LAHIR BUDAK BESAR

Pagi ini kami masih di CH dan pastinya sarapan pagi ini masih di hotel. Memang ramai yang menginap di sini hingga ruang makan hotel penuh dengan tetamu. Kelihatan mereka ini datang berkeluarga. Kami duduk semeja dengan satu keluarga dengan lima orang anak-anak yang masih kecil dari Subang Jaya. Katanya setiap bulan mereka akan bercuti di CH.
 
Hari ini juga adalah hari lahir Affini ke 24 tahun. Dah besar panjang  sibungsu ni. Oleh kerana hadiah telah siap dibeli di Teluk Intan, pagi ini tak ada  surprise untuk dia. Memadai sekadar jalan-jalan di CH dan seterusnya balik ke Putrajaya melalui Tapah. Jalannya masih berliku-liku. Rasanya lama sangat untuk sampai ke pekan Tapah.  
 

Kami singgah di Al-Manshoor Agrofarm, Kampung Taman Sedia yang tak jauh dari Smoke House,Tanah Rata. Katanya inilah satu-satunya ladang strawberi milik orang melayu. Waktu ini bukan musim strawberi berbuah. Jadinya memang tak ada peluang untuk memetik sendiri strawberi yang merah itu. Dapat bergambar dengan pokok strawberi pun jadilah...hihi.


Sejak dari kelmarin, inilah makanan kegemaran birthday girl. Layankan saja. Lagipun dia bukannya makan banyak. Aiskrim tu memang sangat sedap. Sempat juga kami membeli jem strawberi yang diusahakan sendiri oleh orang melayu.


Sebelum sampai ke Al-mansoor Agrofarm, kami singgah di sini. Disebabkan masih awal pagi, tuan punya ladang belum bangun lagi. Agaknya semalam dah dapat untung berlipat ganda.
Disini juga terdapat banyak homestay jika ingin merasai sendiri kehidupan dan suasana sebenar di tanah tinggi ini.

Sunday, January 27, 2013

TAHLIL DI BENDANG DAN HUJAN YANG BERPANJANGAN DI CH

Seperti selalunya, keluarga kang berkumpul lagi di rumah pusaka peninggalan FIL dan MIL. Kadang-kadang waktu seperti ini memang sangat dinanti-nantikan oleh kami semua. Bukan mudah untuk berjumpa melainkan jika ada majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin.
 
Awal pagi Sabtu, kamipun bertolak ke TI. Seperti biasa, tempat yang paling utama di tuju ialah pusara arwah MIL dan FIL. Sempat juga singgah di rumah abang Mat untuk solat zohor. Kemudian pusing-pusing pekan TI.  Nasib baik dapat juga hadiah harijadi yang diminta fini.
 
Kami sampai bendang selepas asar. Adik beradik kang yang jauh, semuanya ada. Awal mereka sampai. Selalunya bagitulah. Yang tinggal dekat, akan lambat sampai.
 
Kali ini rumah sudah jauh berbeza sebab telah diubahsuai beberapa bahagian terutama di dapur. Tempat sinki telah diganti dan juga bilik air baru.  Sangat selesa.
 
Cadangnya kami nak tidur di bendang tapi harus balik sebab esoknya kami bercadang ke CH pula.
 
 

Friday, January 25, 2013

HUJAN PAGI INI

Kelmarin seawal pagi, kami bertolak balik kampung. Nasib baik kenderaan masih tidak banyak. Kang demam  dan terus ambil ubat. Petangnya pula ke rumah kak edah. Dia juga baru sampai dari Sungai Petani. Alhdullillah abg Nasir dah semakin sembuh. Sempat juga mendapat titipan udang kering dan keropok dari Tanjung Dawai.

Malamnya kami singgah di Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung.
Udang masak sambal petai ini memang sedap. 
Boleh pilih udang sendiri dan pilih menu yang disukai.


Menu utama mestilah nasi lemak ayam kampung. 
Sambal sotongnya juga sedap dan sesuai dengan citarasa kami.


Pagi jumaat ini pula hujan turun seawal dari jam 5.00 pagi. Hujan rahmat  yang menyirami pokok bunga yang hampir kering keliling rumah kami.

Wednesday, January 23, 2013

AWAL TAHUN BARU DAN MASIH TERKIAL-KIAL

Adakah masa yang beredar terlalu pantas atau diri sendiri  yang terleka. Sudah lebih dari sebulan blog ini sunyi dan sepi.Tanya pada diri kenapa itu terjadi. Laptop ni pula meragam campur merajuk. Haha.....nak salahkan makhluk lain pula.

Selepas balik semasa majlis kenduri jiran sebelah rumah, kami memang tak balik Ipoh. Maknanya sudah lebih sebulan tak balik kampung. Perjalanan balik petang itu, sangatlah memenatkan. Keluar saja dari Jalan Lapangan Terbang, kenderaan berderetan hinggalah kami berhenti untuk solat isyak+maghtrib di hentian rehat Awan Besar. Sepanjang perjalanan juga  kami beriringan dengan hujan. Sekejap lebat dan sekejap pula kurang.

Bila dah masuk tahun baru, terasa pula cepatnya masa berlalu. Cepatkah? Tanya pada diri dan sila jawab sendiri yer. Harap-harap tahun ini kehidupan akan terus damai. Ada perancangan tahun lalu yang masih belum dapat tertunai. Moga Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini.
 Kami bertolak dari Ipoh jam 5.00 petang
 
 Malam kami di highway.
 
 Tidak melepaskan peluang ke Jom Makan Buah.
Sempat minum cendul Kuantan yang sangat sedap.

 Inilah aktviti ummi dan Affini di pagi hari.
Bagus juga berjogging di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Tempatnya agak sunyi dan terdapat beberapa peralatan sukan yang boleh digunakan.

 Ahad berikutnya kami menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki En.Baharuddin Mohd.Noor di Dewan Presint 8.
 
 
 Sabtu berikutnya, kami tiga beranak ke Shah Alam. Lunch di sini.

 Sedap juga menu lunch hari ini.

 Inilah perjalanan cuti-cuti kami pada 21 Disember 2012. Hanya abah, ummi dan Affini.
Teruja dengan itik dua alam ini, kami pun terus beli tiket di kaunter.
Tahun lepas umurnya 51 tahun. Kuiz dalam bot itik gembo-gembo. Bila dapat jawab soalan kuiz, kena nyanyi tapi Fini malu-malu untuk menunjukkan bakat terendamnya...huhu.

 Masjid terapung dari Selat Melaka.
 
 Kami bermalam di Hotel Pantai Puteri, Klebang. Disebabkan tiada aktviti lain yang boleh dilakukan, menjelang senja kami pun melihat matahari terbenam.

26 Disember 2012
Semalam Affini tidur di rumah angah. Pagi ini, ummi kena ambil dia di Seksyen 27, Shah Alam. Sempat jalan-jalan di Tasik Shah Alam. Mengimbau kenangan lama sewaktu bekerja di Jabatan Pertanian Selangor.

 Kadang-kadang kami bertiga ke Masjid Putra. Selesai solat isyak, boleh pekena apa yang patut di Medan Selera Putrajaya. Sedap juga makanan yang dijual. Macam-macam ada.
4 Januari 2013 (Khamis)
Kami di IJN melawat abang Nasir. Alhamdulillah selesai dan selamat.

20 Januari2013 (Ahad)
 Minggu lepas kami jalan-jalan hingga terlajak ke Morib.

23 Januari 2013 (Rabu)
Hari ini lunch kami di Koitiam, Nilai.

Teh tarik untuk lunch hari ini.