Tuesday, April 30, 2013

MARI TUNAIKAN UNDI PETUGAS PRU 13

Hari ini bila buka facebook, seorang teman lama di IPK Perak telah postkan  gambar pegawai dan anggota menjalankan tanggungjawab pebagai pengundi. Tanggungjawab sebagai petugas dan pengundi pun sama berat. Mereka ini adalah orang-orang yang sangat setia dan patuh tapi siapa yang diundi tetap rahsia masing-masing.

Melalui dan melihat pengalaman ini, teringat pula kenangan lama sewaktu pilihanraya 12  yang lalu. Waktu itu baru bertukar dari Pej Daerah dan Tanah Batu Gajah. Disebabkan baru beberapa hari di IPK, kita ni jadi pendengar dan pemerhati saja. Memang sangat kagum dengan sikap dan tanggungjawab mereka. Kalau orang yang tak merasa sendiri pengalaman tersebut, memang akan fikir yang bukan-bukan mengenai perkara negatif. 

Saat awal pagi, semuanya sedia berbaris. Yang bertugas shift pun, wajid hadir. 

Sunday, April 28, 2013

SELESAI MAJLIS AKIKAH DAN BERENDOI IMAN DELFINA

Pagi tadi selesai sudah majlis akikah dan berendoi Iman di Perdana Height, Pajam.  Sebenarnya hari ini besan mengadakan majlis pertunangan anakanda perempuan mereka. Pihak lelaki dari Tronoh. Majlis berendaoi diadakan sekali dengan majlis pertunangan. Bolehlah dikatakan untuk menjimatkan belanja.

Selesai memuatkan buian, goodies dan lain-lain keperluan dalam kereta kang, kami bertolak ke Pajam dalam jam 7.30 pagi. Kang tak mahu sarapan di Putrajaya. Katanya kita sarapan di Pajam. Malangnya tak jumpa pula gerai makanan yang buka di awal pagi. Kami pun terlajak hingga ke Mantin dan jumpa satu gerai tepi jalan. Memang banyak kereta yang berhenti . Mungkin bagi penduduk  sekitar dan pengunjung tetapnya, citarasa makanan di gerai itu sesuai bagi mereka. Tapi tidak bagi kami. Ohh. Cukup sekadar alas perut.

Majlis marhaban bermula jam 10.00 pagi. memang janji melayu. Kumpulan marhaban ini dari Kampung Batang Benar, Mantin. Bagus mereka semua. Jam 12.00 tgh baru selesai marhaban, potong rambut dan naik buai, Lega rasanya.

Selain dari menu makan tengahari yang didatangkan khas dari Kelang, daging akikah hari ini dimasak kurma. Memang sangat sedap tapi tak sempat nak ambil gambar. Memang banyak makanan. Bermacam-macam kuih disediakan. 

Bagi majlis pertunangan kakak Zatie pula, rombongan pihak lelaki tiba hampir jam 12.30 tgh.

 Goodies yang kami sediakan. Dalamnya ada kek kukus (Dari Dapur Nuanza, Blok c, Presint 11), air mineral, gula-gula dan layer kek.

 Buaian yang kami sediakan. Semua buat sendiri. 
Katil bayi tu harganya RM225.00 dan dibeli di Jusco, Taman Equin

 Untuk cukur jambul, penyediaan yang sangat ringkas. 
Kelapa disediakan sebagai bekas untuk meletakkan rambut yang telah digunting.

 Potong rambut Iman.

 Baru celik mata Iman.

Iman tertidur selepas marhaban.

Friday, April 5, 2013

LAHIRNYA IMAN DELFINA

Hari ini memang dah berjanji dengan  Affini untuk ke Jusco Equine selesai solat zohor. Dari awal pagi memang relax. Sarapan kami pun hanyalah roti bakar.

Jam 9.40 pagi Zatie telefon bagitau yang dia admit di CSH, Seremban. Nasib baiklah kang dengan rela hati ambil cuti dan kami sampai di hospital hampir jam 11.20 pagi.  Jam 12.40 tengahari Zatie selamat melahirkan puteri yang sangat comel. Kedua-dua ibu dan baby selamat. Alhamdulillah.

 Kami yang berdebar di ruang menunggu tingkat 1.

 Cucunda perempuan yang comel. Iman Delfina.

Kang menanam uri yang disempurnakan oleh Bidan Ros di belakang rumah.
Mak Bidan pesan, selesai tanam uri jangan dimampatkan tanah  walau dengan tangan sekalipun.  
Uri yang telah dibasuh dengan limau nipis, dibungkus dengan kain putih dan dimasukkan dalam tempurung kelapa. 
Tak tahu kenapa.