Sunday, April 28, 2013

SELESAI MAJLIS AKIKAH DAN BERENDOI IMAN DELFINA

Pagi tadi selesai sudah majlis akikah dan berendoi Iman di Perdana Height, Pajam.  Sebenarnya hari ini besan mengadakan majlis pertunangan anakanda perempuan mereka. Pihak lelaki dari Tronoh. Majlis berendaoi diadakan sekali dengan majlis pertunangan. Bolehlah dikatakan untuk menjimatkan belanja.

Selesai memuatkan buian, goodies dan lain-lain keperluan dalam kereta kang, kami bertolak ke Pajam dalam jam 7.30 pagi. Kang tak mahu sarapan di Putrajaya. Katanya kita sarapan di Pajam. Malangnya tak jumpa pula gerai makanan yang buka di awal pagi. Kami pun terlajak hingga ke Mantin dan jumpa satu gerai tepi jalan. Memang banyak kereta yang berhenti . Mungkin bagi penduduk  sekitar dan pengunjung tetapnya, citarasa makanan di gerai itu sesuai bagi mereka. Tapi tidak bagi kami. Ohh. Cukup sekadar alas perut.

Majlis marhaban bermula jam 10.00 pagi. memang janji melayu. Kumpulan marhaban ini dari Kampung Batang Benar, Mantin. Bagus mereka semua. Jam 12.00 tgh baru selesai marhaban, potong rambut dan naik buai, Lega rasanya.

Selain dari menu makan tengahari yang didatangkan khas dari Kelang, daging akikah hari ini dimasak kurma. Memang sangat sedap tapi tak sempat nak ambil gambar. Memang banyak makanan. Bermacam-macam kuih disediakan. 

Bagi majlis pertunangan kakak Zatie pula, rombongan pihak lelaki tiba hampir jam 12.30 tgh.

 Goodies yang kami sediakan. Dalamnya ada kek kukus (Dari Dapur Nuanza, Blok c, Presint 11), air mineral, gula-gula dan layer kek.

 Buaian yang kami sediakan. Semua buat sendiri. 
Katil bayi tu harganya RM225.00 dan dibeli di Jusco, Taman Equin

 Untuk cukur jambul, penyediaan yang sangat ringkas. 
Kelapa disediakan sebagai bekas untuk meletakkan rambut yang telah digunting.

 Potong rambut Iman.

 Baru celik mata Iman.

Iman tertidur selepas marhaban.

No comments: