Saturday, August 10, 2013

KESUDAHAN YANG KEKENYANGAN

Tak sempat nak update cerita Aidilfiti tahun ini. Sedar-sedar masa berlalu dengan sangat pantas. Lagipun semuanya telah menjadi rutin seperti tahun-tahun yang lalu. Kami sekeluarga bertandang  rumah adik beradik terdekat. Harus cari masa untuk berziarah. Kalau nak harapkan yang lain datang, maknanya tak kenalkan adik beradik sendiri. Orang lain boleh berkecil hati tapi hati sendiri....sendirilah  kena pujuk. Tak gitu. Hmmmm. Moga Allah ampunkan segala dosa hambumu ini.

Keluarga kang pula, seperti biasa berkumpul di bendang. Kenduri bersama keluarga terdekat. Juga majlis tahlil dan bacaan yassin untuk arwah FIL dan MIL yang telah pergi.  Selesai semuanya, kami bertolak baliki ke Ipoh. 

Inilah ruang solat yang biasa adik beradik kang berkumpul.

Warna-warni  malam itu. 
Syikin, Norimah dan Hamudah. 
Semua ceria dapat berjumpa.

Makan-makan. Huda yang malu-malu bergambar.

Baby Amanda yang comel dan makciknya.

Bergayanya cucu opah ni. Perjalanan dari Pajam ke Ipoh.

Tuesday, August 6, 2013

DAMAI KALBU

Sepanjang ramadan yang kering. Walaupun ada kisah yang ingin dimemorikan tapi semuanya hanya sepi.

Hari ini 28 Ramadan. Peluang fini bercuti kami ambil kesempatan untuk balik kampung. Kang pula bawa simanis samsung tab. Duduk di beranda rumah sendiri adalah saat yang sangat mendamaikan. Ohhhhh. Alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk pulang ke kampung halaman.

Pagi tadi dengan jazz hybrid kang, hati berlagu rindu untuk pulang. Seperti biasa kang jadi boss di belakang. Fini dah cekap memandu. Tapi fini nak ummi jadi co-pilot.

Hari ini kami singgah di RTC Gopeng. Rupanya ada banyak kedai-kedai di situ. Pelbagai jualan ada. Ummi sempat beli 2 helai tudung. Sempat juga singgah MYDIN membeli keperluan dapur.

Kemudian singgah pula MEGOPLEX. Jalan punya jalan, kang tersangkut hati dengan baju melayu pinang masaka.  Ummi tak beli apa pun.

Duduk di beranda rumah tua kami


Petang ini kang ambil alih tugas angah untuk pasang pelita panjut.
Dah siap pun.