Tuesday, August 6, 2013

DAMAI KALBU

Sepanjang ramadan yang kering. Walaupun ada kisah yang ingin dimemorikan tapi semuanya hanya sepi.

Hari ini 28 Ramadan. Peluang fini bercuti kami ambil kesempatan untuk balik kampung. Kang pula bawa simanis samsung tab. Duduk di beranda rumah sendiri adalah saat yang sangat mendamaikan. Ohhhhh. Alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk pulang ke kampung halaman.

Pagi tadi dengan jazz hybrid kang, hati berlagu rindu untuk pulang. Seperti biasa kang jadi boss di belakang. Fini dah cekap memandu. Tapi fini nak ummi jadi co-pilot.

Hari ini kami singgah di RTC Gopeng. Rupanya ada banyak kedai-kedai di situ. Pelbagai jualan ada. Ummi sempat beli 2 helai tudung. Sempat juga singgah MYDIN membeli keperluan dapur.

Kemudian singgah pula MEGOPLEX. Jalan punya jalan, kang tersangkut hati dengan baju melayu pinang masaka.  Ummi tak beli apa pun.

Duduk di beranda rumah tua kami


Petang ini kang ambil alih tugas angah untuk pasang pelita panjut.
Dah siap pun.

No comments: