Tuesday, October 15, 2013

AIDILADHA KAMI DAN CUCUNDA AMANI AL-ZAHRAH

Sejak kelmarin sebuk dengan persiapan untuk Aidiladha. Persiapan yang sangat ala kadar bagi kami sekeluarga untuk menu dipagi Aidiladha tahun ini. terlupa pula nak ambil gambar suasana di meja makan.

Seperti tahun lepas, Aidiladha kali ini kami tak balik Ipoh. Yang bezanya ialah tahun ini anggota keluarga kami bertambah dua ahli baru. Iman dan Amani telah meriuhkan suasana rumah kami.

Angah telah selamat melahirkan putri sulong Amani Al-Zahrah pada Isnin lepas. Alhamdulillah...syukur ibu dan anak selamat walaupun baby terpaksa divacumn. Risau juga tengok kepala baby bila keluar dari LRoom. Hari ini adalah hari kelapan dan kepala Amani  dah kembali normal.

Bila dah dapat susu, lena tidurnya.

Kali pertama Azam beraya dengan baby. 


Iman dan Amani. Tak boleh letak dekat-dekat. Laju jer tangan Iman nak capai baby.


Sunday, October 6, 2013

PAGI YANG DINGIN DAN SYAHDUNYA 'MERISIK KHABAR'

Ohhhhh......tak de masa pun nak berjiwang-jiwang di pagi Ahad yang dingin ini. Tapi Merisik Khabar dari Allahyarham Sudirman ini, sangat menyentuh kalbu. Sangat pelik pula bunyinya bila nak touching2 bagini. Walau apa pun lagu Allahyarham Sudirman ini memang sangat dekat dihati.

Rasanya sudah hampir tiga minggu tidak sarapan di P9 nih.  Menu yang wajib pastinya roti canai yang kena ambil nombor. Hmmmm....kena sabar menunggu yer. Sambil itu layan lagu yang jiwang-jiwang dipagi ini.

Seperti biasa menu kami ialah roti canai.
Kena ambil giliran.
Setia dan sabar menanti nombor dipanggil hingga minuman menjadi sejuk.

Pagi ini harus pekena roti sardin yang sangat besar. 
Ohhh.....tak larak nak habis.