Sejak kelmarin sebuk dengan persiapan untuk Aidiladha. Persiapan yang sangat ala kadar bagi kami sekeluarga untuk menu dipagi Aidiladha tahun ini. terlupa pula nak ambil gambar suasana di meja makan.
Seperti tahun lepas, Aidiladha kali ini kami tak balik Ipoh. Yang bezanya ialah tahun ini anggota keluarga kami bertambah dua ahli baru. Iman dan Amani telah meriuhkan suasana rumah kami.
Angah telah selamat melahirkan putri sulong Amani Al-Zahrah pada Isnin lepas. Alhamdulillah...syukur ibu dan anak selamat walaupun baby terpaksa divacumn. Risau juga tengok kepala baby bila keluar dari LRoom. Hari ini adalah hari kelapan dan kepala Amani dah kembali normal.
Bila dah dapat susu, lena tidurnya.
Kali pertama Azam beraya dengan baby.
Iman dan Amani. Tak boleh letak dekat-dekat. Laju jer tangan Iman nak capai baby.
No comments:
Post a Comment