Friday, November 20, 2015

TUJUH DULANG DARI KAMI

Sambung dari cerita bulan Mei yang lepas. Foto2 masih tersimpan dalam hp. Jadilahsekadar untuk kenangan. Gambar yang diambil fotografer dah disimpan.  Lagi pun failnya agak besar.










Wednesday, October 7, 2015

ADAKAH ITU YANG TERBAIK.

Pagi ini awal-awal lagi keluarkan ikan dari freezer. Dapat juga masak sekadar lauk dan sayur. Memang hati tu bercadang ke Pajam. Rindu pada Iman comel.

Tapi semuanya tak menjadi. Akhirnya bawa diri ke library Presint 11. Masih ada teman walaupun tak berapa setia menemani. Bilalah boleh peluk dan dakap Iman ketat-ketat. Hati dibungkus kerinduan.




Iman dan Amani. Gambar masa Aidil Fitri tahun lepas. 
Hari ini Amani menyambut hari lahir ke 2. Semoga Amani Az-Zahrah membesar sebagai anak yang pintar dan sihat. Menjadi anak yang solehah. Amin ya rabbul alamin

Tuesday, October 6, 2015

DIA PERGI MENEMUI PENCIPTANYA-HAJAH NORSITAH DARUS

Dia teman yang sangat baik. Sama-sama bercerita suka duka dalam tugas semasa di JPNIN PERAK.

Berita dari  Safiah malam tadi memang sangat mengejutkan. Dia telah pergi menemui penciptaNya ketika menerima rawatan di  Hospital Manjung.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AlFatihah 

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين






Friday, September 18, 2015

CERITA YANG TELAH SUDAH - MAJLIS PERNIKAHAN 16 MEI 2015

Cerita yang tertangguh terlalu lama  hingga lupa kisahnya satu persatu. Tapi syukur kerana majlis kecil kami ini yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tidak ramai pun tetamu yang diudang. Cukup sekadar jiran yang berhampiran sahaja. Selebihnya beberapa keluarga dari belah bendang yang sudi menghadirkan diri.  Bajet makan pun dalam 80 orang sahaja. 

Moga anakku Affini dan Firdaus bahagia menempuh alam rumahtangga bersama. Bersabarlah dalam apa juga dugaan dan kerenah alam rumahtangga. Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik. Moga istana yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin











Wednesday, September 9, 2015

PEREMPUAN YANG KUAT

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur berderai tanpa mampu dicantumkan semula...dia berusaha utk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yg penuh ranjau dgn senyuman yg indah...Bukan utk menunjukkan dirinya kuat, tetapi utk memujuk hatinya yg lara bahawa keyakinannya, kepecayaannya dan takdir hidupnya semuanya dlm genggaman yg Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.





Monday, March 9, 2015

TAK NAK TANGGUH-TANGGUH

Sudah beberapa hari menagguhkan niat ke Masjid Besi. Pagi ini tekatkan hati melangkah ke destinasi. Bukannya jauh pun dari rumah. Lebih kurang 6 km sahaja.

Alhamdulillah selesai utk tempahan majlis pernikahan Affini nanti. Moga segalanya berjalan lancar. Amin.


Tuesday, February 10, 2015

OHHHH.....RAYUANKU

Kenapa dalam hidup ini kita perlu merayu. Memang sedih bunyinya. Ada orang yang tidak bersalah tapi dia telah dituduh melakukan kesalahan. Makanya orang yang kena tuduh perlulah merayu. Tapi bagaimana pula jika orang itu benar-benar bersalah tapi tidak mahu mengaku kesalahan itu telah dilakukannya. Isyyy.....jenis apakah manusia ini.

Putrajaya hari ini panas. Cuaca tidaklah sepanas  hingga boleh menyebabkan tanah kering kontang. Tapi hari ini ialah keputusan rayuan kes liwat DSAI terhadap SB.

Keputusannya DSAI gagal dalam rayuan kedua. Ya Allah....ampunkan dosa kami. Kami insan-insan yang lemah. Yang sering hanyut dalam nafsu kami. Amin.



Tuesday, January 6, 2015

NAK BALIK KAMPUNG KE TAK

Sembang dengan fini masa sarapan pagi kelmarin;

"Umi rinduu le nak balik ipoh"
" boleh je"
"Nanti umi tanya abah"


Pagi yang cerah ini...iman masih lena dalam buian.

Thursday, January 1, 2015

FAJAR TAHUN BARU

Pagi ini masih dingin seperti beberapa hari yang lalu. Fajar tahun baru masehi bermula denhan dingin pagi yang nyaman.Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat kerana masih diberi lesempatan untuk bernafas. Syukur padaMu ya Allah.

Wednesday, December 31, 2014

RUPANYA DAH SAMPAI HUJUNG TAHUN ATAU LEKANYA HIDUP INI

Malam dan siang terus berlalu dalam kehidulan yang pantas ini. Entri di blog pun tidak seberapa. Ibarat hidup segan mati tak mau. Siapa yang segan....siapa yang mati? Uishhh....kasar sangat bunyinya.

Hari ini 31 Disember. Khamis yang terang dan hari ini matahari sudi untuk menerangi siang di bumi bertuah ini. Disember tahun ini, cuaca sentiasa mendung....ada hujan...ada angin.....juga ada kilat sambar menyambar....guruh pula berdentum siang dan malam. Sana sini pula dilanda banjir. Ada banjir kecil dan ada juga banjir besar. Mood pun macam ikut hari juga.
 
Tengahari ni, sempat melihat berita mangsa banjir terutama di Kelantan. Ada rumah yang dibawa arus air. Makcik tu kata rumah dia bergerak dibawa arus banjir yang derah dan  terbalik terus. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan kehidupan mangsa banjir ini. Ya Allah, semoga mereka tabah ini tabah mehadapi dugaan ini dan dapat meneruskan kehidupan di masa hadapan.

Nampaknya tahun ini diakhiri dengan kesedihan dan kedukaan untuk ramai orang. Bersyukur pada diri sendiri kerana masih boleh golek-golek di rumah sendiri.



Thursday, December 18, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Friday, August 22, 2014

PUN TURUT BERSEDIH - PENGHORMATAN UNTUK MANGSA TRAGEDI MH17

Mati itu pasti. Walau siapa agama  mereka, bangsa mereka, keturunan mereka mahupun di mana mereka berada, ianya tidak akan berganjak walau sesaat.  Kepada yang beragama islam hanya al fatihah untuk mereka yang telah pergi kepada penciptaNya.

Dihari jumaat yang mulia ini, hanya keranda yang dapat dilihat. Khabarnya semua jenazah telah disempurnakan mengikut agama masing-masing. Betapakah pula perasaan waris. Ya Allah...kepadaMu kami memohon kekuatan untuk mereka. Semoga mereka redha dengan segala ketentuanMu. 

Yang pasti, hati ini juga turut sayu. Semoga roh mereka dicucuri rahmatMu. Innalilla hiwainna rojiun.



Wednesday, July 9, 2014