24 Oktober 2008
Hampir tak dapat melelapkan mata semalaman menunggu satu-satunya putera hati pulang berkereta sendirian dari universiti jauh di utara sana. Jam 6.00 pagi, baru tiba di depan pagar. Sesak nafas dibuatnya kerana jam 7.00 pagi harus ke Pucong untuk urusan yang penting. Lagi satu menyesakkan dihati. Sesampainya di Pucong, orang yang dijanji berpergian pula. Bergegas pulang dan terus ke CIMB untuk urusan putera. Untuk transaksi menamatkan perkhidmatan di bank berkenaan, banyak red-tapenya gara-gara kad hilang dan buku akaun yang tak pernah diingat di mana tersimpannya.
Sepanjang hari yang melelahkan dan mencemaskan..
25 Oktober 2008
Pagi ini menanti puteri cyng pulang bercuti dari U*M. Kali pertama berkereta pulang sendiri. Semalam siap telefon angah berpesan apa yang patut. Mudah-mudahan selamat.
10.00 pg : hantar kereta ke workshop Jln Datok
1.00 tgh : jamuan hari raya dan salam perkenalan jiran belakang rumah yang baru berpindah
4.00 ptg : ke rumah kak Edah untuk majlis doa selamat yang akan berpergian menunaikan haji pada 3 November 2008.
Catatan : Ketepikan perasaan sendiri....
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
No comments:
Post a Comment