Saturday, November 27, 2010

KENDURI KAHWIN DI TAMAN BOTANI

Hari ini TT memenuhi undangan majlis perkahwinan adik ipar Nazila di Taman Botani. Majlis ala-ala Garden Wedding. Sejuk, nyaman dan sunyi suasana di situ. Sudah pasti ramai tetamu yang hadir kerana ibu pengantin perempuan bekerja di Jemaah Nazir,Selangor. TT pula sempat bertegur sapa dengan Puan Wan Badariah, bos lama semasa di JPJ Perak. Dia masih bertugas lagi sebagai PTD di Jemaah Nazir, Putrajaya.


Kak Ha yang baru sampai dari Gopeng, Nazila dan puteri-puterinya yang comel.


Nyum....nyum.....nyaman semuanya.

Ini pula menu TT dan kang minggu lepas di SACC, Shah Alam.
Anak-anak semua sebuk dengan urusan masing-masing.

Thursday, November 25, 2010

SAMAN WANITA JADI PUNCA CERAI

Pagi ini masuk ke fb Rene dan terjumpa topik ini. Panjang komennya tapi  inilah kerana sikap wanita hari ini....bukan wanita namanya itu tapi betina (wanita birah yang  melakukan zina - macam binatang yang tak ada perasaan malu/aib)

SAMAN WANITA JADI PUNCA CERAI
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.
Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.
Beliau yang  memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.
Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.
"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.
Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.
Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.
"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.
"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Mardzuki Adi : haha..maybe laki tu saham tinggi lagi..saman??hmm, kalau la isteri baru tu jutawati..

November 19 at 3:10am · LikeUnlike
Rena Zarine : jutawati ker jutabulu ker, ader aku kesah???? banyak ag jantan lam dunia nie yang bujang2..nape laki orang gak yang nak dikebas???
November 19 at 11:22am · LikeUnlike
Mardzuki Ad: salah due2 la..yg laki menggatal yg puan bagi harapan..
November 19 at 11:30am · LikeUnlike

Komen: harap tidak pula banyak kerenah birokrasinya hingga melemahkan semangat yang teraniaya tersebut dan jangan hanya dicanangkan sahaja.

Saturday, November 20, 2010

BIRTHDAY AKMAL

Hari ini 20 November 2010 dan hari ini adalah hari lahir Iki yang ke 25 tahun. Dah jadi orang bujang pun dan masih sibuk belajar. Kini dia sibuk dengan Masternya dan katanya nak terus ambil PHD pula. Umi dan abah doakan Iki berjaya dan cemerlang dalam kehidupan hari ini dan di masa akan datang...jadi anak yang soleh dan patuh kepada suruhan Allah. Umi dan abah tetap sayang Iki.... hari ini dan selamanya.

 Sarapan di pagi Sabtu ini. Nasi lemak dan ayam goreng. Ayam masak kari pun ada.

Dah janji dengan anak-anak untuk beli kamera. Malam tadi kami ke Mines dan terjumpa Canon yg diidamkan. Harganya RM2399.00. TT beli sebab ada duit yang diterima dari KAKIB. Paling kurang, ada kenangan.

Thursday, November 18, 2010

AIDIL ADHA

16 /11/2010 (Selasa)

Tahun ini Affini akan beraya di Kemboja mengikuti program IPG nye. TT dan kang bertolak ke Teluk Intan lebih kurang jam 10.30 pagi dan janjinya Iki dan Angah akan menyusul malam nanti. Tahun ini family kang buat korban di bendang. Jadinya semua adik beradik berkumpul di sana.
Kang kata balik ni nak ikut jalan lama iaitu melalui Kuala Selangor dan beberapa pekan-pekan kecil. Sememang memenatkan tapi kami sempat singgah beli ikan masin dan udang kering di K/Selangor. Seterusnya singgah di Sg.Besar. Dah banyak kedai-kedai terutamanya kedai menjual pakaian dan kain ela.
Kang singgah pula di Teluk Intan. Rindu nak makan Mee Mastan. Akhirnya kami sampai di bendang hampir jam 4.00 ptg.
Malamnya pula angah telefon bagitau yang mereka tak dapat ikut balik sebab si abang malas nak drive. Alasannya penat sebab baru balik kerja dan Khamisnya kena kerja juga. Hmmm...itulah anak-anak. Aidil Adha tidak membawa makna bagi mereka. Risaunya dihati mengenangkan mereka berdua.

Singgah sebentar membeli lemang. Sedap hingga tak cukup. Bila nak beli lagi, lemang dah habis.

17/11/2010 (Rabu)

Aidil Adha tahun ini TT berjauhan dengan anak-anak.Rindu dengan mereka. Apalah yang ada di bendang itu walau semua adik beradik kang berkumpul. Tapi bila berkumpul, macam-macan cerita ada. Masing-masing cari sudut. Selesai korban, kami balik ke Ipoh dan bermalam di rumah.

Lembu korban yang sedang dikerjakan.

Kang jadi mandor je.


Damia yang comel dan montel dengan ibunya.

Lunch dengan angah di BC, Alamanda. Airnya best.

Friday, November 12, 2010

LEFT US

Pagi Jumaat ini hujan turun seawal pagi dan awal pagi jugalah TT dah buka fb. Melihat komen along difbnya, hati seorang ibu memang sangat tersentuh.


Along: hari ni genap setahun...my only brother left us..
15 hours ago via Mobile Web ·LikeUnlike · Comment · View Feedback (3)Hide Feedback (3)
Mas Hafiza Razalan sory tnya, pgi mana?
15 hours ago · LikeUnlike
TT. ya..ya...kia smua syng dia tapi Allah lebih syng dia...semoga arwah ditempatkan bersama orng2 yg dikasihili Allah...amin
about an hour ago · LikeUnlike
Mas Hafiza Razalan Al-fatihah buat arwah


Arwah Hadi adalah satu2nya putera kesayangan kak Edah dan abg Nasir. Sedari kecil arwah memang kesayangan semua. Dia memang sangat comel dan keletah. Namun Allah sayang dia dan meninggalkan insan-insan yang merinduinya.

TT bersama kak Edah. Kenangan di majlis perkahwinan anakanda Rafidah.

Tuesday, November 9, 2010

DOSA

Kata-kata ingatan in diambil dari fb Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Antara 4 dosa besar :
1. dalam hati: syirik, bterusan dlm maksiat putus asa rahmat Allah, dan merasa aman dari murka Allah.
2. di lidah: dusta, menuduh muslim/muslimah yang baik, sumpah palsu dan sihir.
3. dalam perut: minuman keras, makan harta anak yatim, dan riba.
4. di kemaluan: zina dan homoseks.; di tangan: membunuh dan mencur; di kaki: lari dari medan pertempuran; di seluruh badan : derhaka dua ibu bapa

Namun masyarakat islam hari ini masih terus melakukan dosa-dosa tersebut. Bila Allah sempitkan rezeki dan beri dugaan, kita tak ingat yang Allah murka pada kita. Ada pula yang berkata, " itu aku yang buat dosa, aku sendiri le  yang tanggung "

Ini pula komen dari link fb ustz. Zawawi:
"....org yg akan celaka ialah org yg merasa amal ibadahnya sudah cukup,dosa2nya kurang dan kagum dgn ibadah sendiri.org2 yg bakal berjaya ialah org2 bdosa yg merasakan dosa2nya itu ibarat gunung yang akan bila2 masa runtuh menimpanya dan meminta pertolongan hanya dgn jalan Allah"

Sunday, November 7, 2010

BERPERGIAN LAGI

Hari ni si kecil Affini berpergian lagi, kembali ke IPG KTI, JB. Satu kemudahan yang ada di PUJ kini ialah Transnasional telah menyediakan bas ke JB walaupun harus ke Bukit Jalil. Paling kurang kami tak perlu bersesak-sesak di Bukit Jalil ataupun di masa akan datang ke Puduraya.
Hari ini perjalanan si kecil terganggu. Bas yang dinaiki rosak sebelum Hentian Sebelah Linggi. Nasib baik umminya telah bekalkan nasi lemak. Terisi juga perut yang berkeroncong tuh.
Affini, Allah bagi perjalanan kita terganggu kerana Dia sayang kita untuk memberi perjalanan yang lebih baik untuk fini. Syukur kepada Allah kerana telah selamatkan perjalanan itu.

Sempat ke JUSCO Tmn.Equine dan main-main di sini. Bayaran yang dikenakan RM10 bagi 20 minit. Sempat juga ke KFC.

Monday, November 1, 2010

MULA BERTUGAS

Hari ini angah mula bekerja di Seksyen 27, Shah Alam. Jam 7.00 pagi dah bertolak dari rumah. Tentu excited sangat tu. Sabtu lepas dah top-up RM100 touch-n-go. Kalau tak menyimpang, cukup untuk 3 minggu. Harap angah dapat applykan diri dengan budaya dan suasana kerja yang sangat asing baginya. Tambah pula bekerja dengan syarikat yang majoriti lelaki. Moga semuanya baik.

Iki pula dapat extra work di UKM, Bangi. Jam 7.25 pagi dah pergi kerja. Harap-harap dia boleh habiskan masternya juga.


Ronda-ronda di Bangi dengan angah dan lunch di Little Perak.