Thursday, November 18, 2010

AIDIL ADHA

16 /11/2010 (Selasa)

Tahun ini Affini akan beraya di Kemboja mengikuti program IPG nye. TT dan kang bertolak ke Teluk Intan lebih kurang jam 10.30 pagi dan janjinya Iki dan Angah akan menyusul malam nanti. Tahun ini family kang buat korban di bendang. Jadinya semua adik beradik berkumpul di sana.
Kang kata balik ni nak ikut jalan lama iaitu melalui Kuala Selangor dan beberapa pekan-pekan kecil. Sememang memenatkan tapi kami sempat singgah beli ikan masin dan udang kering di K/Selangor. Seterusnya singgah di Sg.Besar. Dah banyak kedai-kedai terutamanya kedai menjual pakaian dan kain ela.
Kang singgah pula di Teluk Intan. Rindu nak makan Mee Mastan. Akhirnya kami sampai di bendang hampir jam 4.00 ptg.
Malamnya pula angah telefon bagitau yang mereka tak dapat ikut balik sebab si abang malas nak drive. Alasannya penat sebab baru balik kerja dan Khamisnya kena kerja juga. Hmmm...itulah anak-anak. Aidil Adha tidak membawa makna bagi mereka. Risaunya dihati mengenangkan mereka berdua.

Singgah sebentar membeli lemang. Sedap hingga tak cukup. Bila nak beli lagi, lemang dah habis.

17/11/2010 (Rabu)

Aidil Adha tahun ini TT berjauhan dengan anak-anak.Rindu dengan mereka. Apalah yang ada di bendang itu walau semua adik beradik kang berkumpul. Tapi bila berkumpul, macam-macan cerita ada. Masing-masing cari sudut. Selesai korban, kami balik ke Ipoh dan bermalam di rumah.

Lembu korban yang sedang dikerjakan.

Kang jadi mandor je.


Damia yang comel dan montel dengan ibunya.

Lunch dengan angah di BC, Alamanda. Airnya best.

No comments: