Sunday, March 20, 2011

IPOH KE KUANTAN

Akhirnya sampai juga di Kuantan. Penat tu jangan nak kata. Minda pun turut sama keletihan dan terganggu.

Inilah rupanya tayar baru continental yang terlerai. Fobia sangat naik kereta nih.


Hari ini dalam sejarah. Memang tak diduga kena naik trak ni. Nasih baiklah kami berdua je. Kalaulah ada anak-anak, tak tahu bagaimana pula ceritanya.

Wednesday, March 16, 2011

TAYAR BARU

15 Mac 2011 (Selasa)


Setelah mengemas rumah , seawal pagi keluar  untuk selesaikan apa yang patut di Ipoh. Seterusnya dalam lebuh kurang jam 11.30 pagi, kami bergerak balik ke Putrajaya. Dalam perjalanan, singgah di MDTM bertemu Johari untuk selesaikan beberapa perkara dan makan tengahari di sana.

Siapa sangka dan memang tidak pernah terduga dan terjadi sebelum ini.  Dalam perjalanan iaitu selepas R&R Awan Besar, tiba-tiba terdengar macam kereta terlanggar sesuatu dan hilang kawalan. Rupa-rupanya tayar hadapan sebelah kanan pecah. 

Hmm…itulah kuasa Allah. Walaupun tayar itu baru sahaja kang tukar pada petang semalam, tapi siapa sangka itu semua akan terjadi. Harganya bukanlah murah  iaitu RM2900.00 (tayar dan rim). Kang ni pula  cepat sangat panik dan kelam kabut. Masa itulah dia nak telefon  kedai tayar itu. Bukanya mereka boleh datang pun dari Ipoh dan itu bukan kerja dia  pun. Ada ke Cina tu suruh kang  balik Ipoh  untuk digantikan dengan tayar baru. Kang  pula siap  nak patah balik Ipoh masa tu juga. Sabar….sabar…Nasib baiklah dia tak jadi balik. Berpeluh kang gantikan tayar.
Alhamdulillah kami sampai rumah hampir  senja.


Tiba di Ipoh hampir 11.30 tgh. Singgah di Public Bank, Ipoh Garden dan lunch di Restoren Salim.
Kang singgah di kedai tayar ni.
Yang ini gaya orang bosan dan kepenatan. Tumbuh tanduk...hihi


Dalam perjalanan balik ke PUJ, singgah di MDTM. Selesaikan urusan borang TH.


Lunch dengan Johari di Tanjung Malim.

Tuesday, March 15, 2011

SEKIAN LAMA

Sekian lama tak update blog, hari ini dapat juga update tanpa gangguan internet walaupun tak ada apa cerita yang menarik. Sepanjang 2-3 minggu yang lepas, kehidupan seharian banyak mendengar cerita suka, duka dan juga lara teman-teman dan family. Selebihnya menemani dan merawat hati mereka sedangkan diri sendiri pun bercerita dengan pelbagai kisah. Inilah kehidupan yang harus diteruskan. Rasanya sudah letih menjadi lilin yang menerangi kehidupan orang lain.

Sekian lama tak balik Ipoh dan akhirnya semalam dapat juga balik Ipoh. Tak dapat dinyatakan gembiranya rasa hati. Walaupun Ipoh tidak secanggih Putrajaya tetapi alangkah bahagia hati berada di sini. Sedih juga melihat rumah yang ditinggalkan yang tidak terurus. Pokok-pokok bunga dipasu, makin kering dan layu.
Semalam dapat juga lunch nasi briyani di Res.Salim tapi tak berapa nak sedap sebab masa itu, perut masih kenyang dengan mee kari di R&R Tapah. Selepas itu ke Ipoh Parade atas permintaan Affini dan akhir sekali singgah di Megoplex untuk facial dan rawatan resdung di Jamu Ikhlas. Lega rasa kepala.