Wednesday, March 16, 2011

TAYAR BARU

15 Mac 2011 (Selasa)


Setelah mengemas rumah , seawal pagi keluar  untuk selesaikan apa yang patut di Ipoh. Seterusnya dalam lebuh kurang jam 11.30 pagi, kami bergerak balik ke Putrajaya. Dalam perjalanan, singgah di MDTM bertemu Johari untuk selesaikan beberapa perkara dan makan tengahari di sana.

Siapa sangka dan memang tidak pernah terduga dan terjadi sebelum ini.  Dalam perjalanan iaitu selepas R&R Awan Besar, tiba-tiba terdengar macam kereta terlanggar sesuatu dan hilang kawalan. Rupa-rupanya tayar hadapan sebelah kanan pecah. 

Hmm…itulah kuasa Allah. Walaupun tayar itu baru sahaja kang tukar pada petang semalam, tapi siapa sangka itu semua akan terjadi. Harganya bukanlah murah  iaitu RM2900.00 (tayar dan rim). Kang ni pula  cepat sangat panik dan kelam kabut. Masa itulah dia nak telefon  kedai tayar itu. Bukanya mereka boleh datang pun dari Ipoh dan itu bukan kerja dia  pun. Ada ke Cina tu suruh kang  balik Ipoh  untuk digantikan dengan tayar baru. Kang  pula siap  nak patah balik Ipoh masa tu juga. Sabar….sabar…Nasib baiklah dia tak jadi balik. Berpeluh kang gantikan tayar.
Alhamdulillah kami sampai rumah hampir  senja.


Tiba di Ipoh hampir 11.30 tgh. Singgah di Public Bank, Ipoh Garden dan lunch di Restoren Salim.
Kang singgah di kedai tayar ni.
Yang ini gaya orang bosan dan kepenatan. Tumbuh tanduk...hihi


Dalam perjalanan balik ke PUJ, singgah di MDTM. Selesaikan urusan borang TH.


Lunch dengan Johari di Tanjung Malim.

No comments: